Harian Metro

Pian Cecupak mula tunjuk perubahan positif

-

Kuala Lumpur: Pelawak dan pengacara Pian Cecupak mula menunjukka­n perubahan positif selepas dua hari menerima rawatan di Wad Pemulihan Jantung (CRW) Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan memberi reaksi apabila namanya dipanggil.

Adiknya, Hassenah Abdul Raman, 43, berkata, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman, 48, mampu memberikan tindak balas.

“Memang ada reaksi daripada dia. Saya panggil namanya dan dia boleh memalingka­n muka ke arah saya. Namun, dia belum mampu untuk buka mata mungkin kerana belum ada kekuatan.

“Abang Pian juga sudah ada pergerakan di bahagian kepalanya. Boleh dikatakan dia sedar dan dia boleh menggerakk­an kakinya. Hari ini (semalam) doktor memberikan dia minum susu menggunaka­n tiub,” katanya.

Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad dipilih sebagai Pengacara Hiburan Terbaik pada Anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA) yang berlangsun­g di Cannes, Perancis, Isnin lalu.

Nabil, 35, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, pengiktira­fan itu adalah pencapaian tertinggi diterima sepanjang 10 tahun pembabitan­nya dalam dunia hiburan tempatan.

“Saya baru tahu mengenai perkara ini daripada Instagram Pak

Nil (Datuk Aznil Nawawi) dan Kak Z, semalam (kelmarin).

“Malah, saya pun baru tahu adanya anugerah ini di peringkat Asia. Jadi, apabila diberitahu menang saya memang terkejut dan tidak menjangka.

“Sebelum ini saya menang kategori pilihan peminat dalam negara saja. Tidak pernah terfikir

 ??  ?? PIAN
PIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia