Harian Metro

Testimoni diri sendiri

„ Bekas suri rumah guna wang simpanan keluar produk makanan tambahan, kesihatan

-

Usaha, doa dan tawakal kepada Allah, itu yang dilakukan pengasas produk makanan tambahan dan kesihatan PS ProSlim, Nur Ain Mohd Jais, 26, yang bertekad mengubah nasib hidupnya bersama suami, Ahmad Sobre Hussain, 29.

Asalnya dia hanya suri rumah manakala suami membantu perniagaan keluarga menjual sate di Kajang. Kini Nur Ain ialah Ketua Pegawai Eksekutif AMJ Healthy Sdn Bhd dan Ahmad Sobre sebagai Ketua Pegawai Operasi.

Kata Nur Ain, selepas perniagaan sate tidak dapat bertahan lama, dia dan suami nekad keluar daripada kepompong kesukaran hidup dan bergelar usahawan produk makanan tambahan dan kesihatan menggunaka­n wang simpanan setahun lalu.

“Saya berfikir sampai bila hendak menumpang makan di rumah keluarga walhal kami sendiri berkeluarg­a dan mempunyai dua anak.

“Tidak pernah sesekali merungut, malah bersyukur dengan rezeki Allah beri namun pada masa sama kami perlu melakukan sesuatu untuk kelangsung­an hidup terutamany­a demi masa depan anak-anak.

“Ketika itu saya terfikir membuka perniagaan makanan tambahan dan kesihatan. Saya tidak jemu belajar kerana tahu kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha,” katanya.

Nur Ain memulakan perniagaan produk makanan tambahan dan kesihatan PS ProSlim dengan modal RM5,000 tanpa pinjaman serta bantuan mana-mana pihak.

Katanya, dia mahu buktikan orang tiada ijazah mampu berjaya jika punya azam serta usaha keras.

“Saya hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi percaya selagi seseorang punya usaha dan tidak kenal erti putus asa, mereka layak untuk berjaya.

“Selain itu, saya sendiri menjadi testimoni pertama keberkesan­an produk dan berkeyakin­an mengeluark­an produk sendiri.

“Buktinya, pada 2016 berat badan saya mencecah 85 kilogram (kg) dan selepas mencuba produk sendiri selama setahun lebih, berat saya turun kepada 55 kg. Ia turut dibantu cara pengambila­n makanan yang betul.

“Alhamdulil­lah jerih perih saya dan suami berbayar apabila produk makanan tambahan dan kesihatan diterima baik orang ramai. Untuk 2019, kami menyasarka­n jualan RM4 juta,” katanya.

Kata Nur Ain, produknya dihasil menggunaka­n bahan semula jadi seperti herba dan buah-buahan.

“Kami mempunyai 4 produk iaitu PS Garcinia Plus (MAL0710125­8TC), Baby Pink Blackcurra­nt Chewable Tablet (041018/09/112), PS Ocean (NOT1804051­34K) dan PS Lentiks Bodysuit.

“Kami mengalu-alukan mereka yang berminat menjadi ejen dan stokis sah bagi menjana pendapatan tambahan,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk atau mahu menjadi ejen, layari Facebook PROslim

HQ atau boleh hubungi 018-9699225.

 ??  ?? NUR Ain menunjukka­n produk terbarunya, Baby Pink Blackcurre­nt Chewable Tablet.
NUR Ain menunjukka­n produk terbarunya, Baby Pink Blackcurre­nt Chewable Tablet.
 ??  ?? NUR Ain sasar jualan RM4 juta untuk 2019.
NUR Ain sasar jualan RM4 juta untuk 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia