Harian Metro

Fail surat tuntutan, pendakwaan terhadap Israel

-

Putrajaya: Tindakan Yayasan MyAQSA (MyAQSA) memfailkan surat tuntutan dan pendakwaan terhadap Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) dijangka memberi tekanan baharu kepada rejim Zionis itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, pihaknya juga berharap usaha yang dijalankan itu turut dilakukan negara lain dalam mendapatka­n keadilan dan menuntut hak rakyat Palestin.

“MyAQSA berharap platform ini menjadi satu daripada platform yang akan memberi tekanan kuat kepada Israel kerana kita menggunaka­n platform undang-undang dan ia suatu perkara dipersetuj­ui serta disepakati di seluruh dunia.

“Justeru, kita berharap pihak media juga dapat membantu menghebahk­an perkara ini dan mudah-mudahan, platform ini juga akan dapat bersama kerajaan lain,” katanya pada sidang media Majlis Pengisytih­aran Pemfailan Tuntutan Mahkamah Ke Atas Israel di ICC Di Atas Jenayah Pelanggara­n Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2334 di sini, semalam.

Turut hadir, Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali, Ketua Eksekutif Pusat Penyelidik­an dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) Azril Mohd Amin dan Imam Besar dan Khatib Masjid Al-Aqsa merangkap Pengerusi Majlis Tertinggi Islam Baitulmaqd­is, Sheikh Dr Ekrima Sa’eed Sabri.

Pada majlis berkenaan, Ekrima turut menyempurn­akan perasmian Pejabat Rasmi MyAQSA di Kompleks Komersial Nadi 15, Presint Diplomatik di sini.

Dalam pada itu, Noorazman berkata, pihaknya juga mempunyai strategi lain, namun ia tidak boleh didedahkan.

“Kita ada strategi lain, tetapi tidak boleh diceritaka­n yang akhirnya membawa kepada PBB untuk benar-benar meletakkan Israel ini ke tempat yang lain. Ini yang kita hajatkan,” katanya.

Sementara itu, Azril berkata, tuntutan yang dibuat oleh MyAQSA berhubung pelanggara­n Resolusi PBB 2334 adalah pertama kali dibuat dan belum ada mana-mana negara yang melakukann­ya.

“Memandangk­an Malaysia sendiri yang membawa resolusi ini, jadi sangat signifikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang mengemukak­annya.

“Jika dilihat kenyataan Ketua Pendakwa Raya ICC, sudah ada beberapa tuntutan lain sedang dibuat berhubung pelanggara­n hak asasi manusia rakyat Palestin.

“Dengan adanya tuntutan daripada MyAQSA akan menambah tekanan kepada Israel, malah sangat marah semasa Resolusi PBB 2334 diluluskan,” katanya.

Media melaporkan MyAQSA memfailkan surat tuntutan dan pendakwaan terhadap Israel kepada ICC secara formal dalam usaha mendapatka­n keadilan dan menuntut hak rakyat Palestin dikembalik­an semula dengan aman.

Noorazman dilaporkan berkata, kajian MyAQSA menunjukka­n Israel sudah mencabuli sekurang-kurangnya 28 Resolusi Majlis Keselamata­n, malangnya tiada tindakan yang jelas dan tegas dilakukan oleh mana-mana pihak berkuasa.

 ?? Dr Noorazman ?? SHEIKH Dr Ekrima (tengah) bersama Walid (kiri) dan Dr Noorazman di Yayasan MyAQSA Putrajaya, semalam. MyAQSA berharap platform ini menjadi satu daripada platform yang akan memberi tekanan kuat kepada Israel kerana kita menggunaka­n platform undang-undang dan ia suatu perkara dipersetuj­ui serta disepakati di seluruh dunia”
Dr Noorazman SHEIKH Dr Ekrima (tengah) bersama Walid (kiri) dan Dr Noorazman di Yayasan MyAQSA Putrajaya, semalam. MyAQSA berharap platform ini menjadi satu daripada platform yang akan memberi tekanan kuat kepada Israel kerana kita menggunaka­n platform undang-undang dan ia suatu perkara dipersetuj­ui serta disepakati di seluruh dunia”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia