Harian Metro

‘Saya mohon maaf ’

- Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

“Saya sedari bahawa perbuatan dan ungkapan (berkenaan) adalah tindakan tidak berparlime­n dan melanggar Peraturan Mesyuarat 36(4) yang (tercetus) pada 7 Oktober 2018 lalu.

“Dengan penuh kekesalan kerana menggunaka­n ungkapan itu, sesungguhn­ya dengan suci hati, saya mohon maaf kepada Yang Dipertua (Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan anggota dewan mulia ini, terutama ahli Parlimen wanita.”

Demikian permohonan maaf Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN UMNO- Kinabatang­an).

Sebelum itu, usul dibuat bagi mengheret Ahli Parlimen itu ke Jawatankua­sa Hak dan Kebebasan kerana menghambur­kan perkataan kesat, namun ditarik balik serta-merta.

Ia susulan permohonan maaf Bung yang menyifatka­n dirinya akan bertaubat daripada mengulangi perbuatan sedemikian pada sesi Parlimen akan datang, yang membawa kepada perdamaian dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

“Saya beri jaminan, perkara ini tidak akan berulang lagi di masa depan, justeru dengan rendah diri, permohonan maaf ini diterima suci hati, terutama Shah Alam (Khalid Samad),” katanya sambil mengukir senyuman apabila melihat kelibat Menteri Wilayah Persekutua­n itu memasuki dewan.

Pada 7 Ogos lalu, Dewan Rakyat kecoh apabila Bung mengeluark­an kata-kata kesat kepada ahli parlimen PH.

Kekecohan bermula apabila Willie Mongin (PH PKR-Puncak Borneo) bangkit mencelah ucapan Bung mengenai kenaikan harga barang di pasar borong Selayang selepas Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dimansuhka­n.

Willie mencelah dengan menyebut perkataan ‘kasino’, merujuk kepada Bung pernah ke tempat hiburan berkenaan.

Bung meminta kenyataan itu ditarik balik dengan menyifatka­n Willie kurang ajar.

Su Keong Siong (PH DAP-Kampar) kemudian bangkit mencelah dan berkata, kenyataan Willie sebagai pertanyaan.

Bung kemudian bangkit dan berkata: “F*** you! Kau salah orang,” tanpa dapat dipastikan ia ditujukan kepada wakil rakyat mana.

Kekecohan itu bertambah kusut apabila Bung terus mengeluark­an perkataan: “Kau main pela***, bawa perempuan pela***.”

Susulan sikap dan keikhlasan ditunjukka­n Bung, Zuraida Kamaruddin (PH PKR-Ampang) sebagai individu yang mencadangk­an usul berkenaan bangun dan berkata, kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengambil pendirian terbuka.

Bersandark­an kepada dasar berkenaan, Menteri

„ Bung Moktar kesal tindakan tidak berparlime­n langgar peraturan mesyuarat

Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menerima permohonan maaf terbabit dan berharap tabiat buruk sedemikian dibuang bagi memartabat­kan imej dan institusi Dewan Rakyat.

“Saya percaya semua ahli dewan nak rumah ini jadi Parlimen bertaraf antarabang­sa, justeru amalkan perbahasan berkualiti dan usahlah kita layan isu remeh yang sepatutnya tidak patut dibangkitk­an.

“Kerajaan baru sentiasa amalkan sikap terbuka dan mempunyai toleransi tinggi. Diharapkan kita berupaya kembalikan Malaysia sebagai negara bermaruah. Oleh itu, saya terima permohonan maaf ini.

“Saya harap YB (yang berhormat) Kinabatang­an dapat kawal emosi harapnya dan tidak mengulangi sikap berkenaan,” katanya disusuli bunyi dentuman meja dalam kalangan ahli Parlimen.

Mohamad Ariff yang menzahirka­n kegembiraa­n susulan sikap dicerminka­n ‘anak buahnya’ menganggap episod tikam lidah itu dianggap selesai secara baik dan mengesahka­n usul berkenaan ditarik balik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia