Harian Metro

Hospital Serdang juara program pemulangan ubat

-

Inisiatif Hospital Serdang dalam Program

Pemulangan Ubat pernah menjadikan hospital terbabit bergelar juara peringkat negeri sebelum ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan Farmasi Selangor Rosminah Mohd Din berkata, hospital berkenaan dapat mengumpul banyak ubat yang tidak digunakan dan dipulangka­n oleh pesakit sejak program itu diperkenal­kan pada 2010.

“Kempen ini sudah lama dilakukan namun mungkin ramai pesakit dan orang ramai tidak tahu berkenaan perkara ini.

“Hospital Serdang melaksanak­an pelbagai inisitif dalam kempen ini, sekali gus mendidik orang ramai supaya memulangka­n ubat hingga membolehka­n mereka menjadi juara,” katanya di sini, semalam.

Rosminah berkata, setiap hospital di negeri ini akan sentiasa mengingatk­an pesakit memulangka­n ubat yang masih elok sekiranya tidak memerlukan­nya.

Katanya, antara ubat yang banyak dipulangka­n ubat kencing manis dan hipertensi.

“Ada juga waris menghantar ubat milik ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia ke hospital.

“Selalunya, kami bertanya kepada pesakit terlebih dulu sama ada ubat masih ada atau tidak dan jika masih ada, kami akan beri ubat baharu dengan bilangan yang sedikit,” katanya.

Beliau berkata, ubat yang dipulangka­n akan dikaji semula terutama dalam aspek tempoh hayat serta tempat penyimpana­nnya berikutan bimbang jika ia disimpan di tempat yang boleh mencemarka­n kandungan ubat. Timbalan Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood akan memendekka­n tempoh perkhidmat­annya berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan selaras dengan Perkara 114, Perlembaga­an Persekutua­n.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata, selain Othman, empat Ahli Suruhanjay­a itu iaitu Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi dan Datuk Leo Chong Cheong akan turut memendekka­n tempoh perkhidmat­an mereka berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan selaras dengan Perkara 114, Perlembaga­an

Persekutua­n.

Bagaimanap­un, katanya, Ahli Suruhanjay­a, Datuk K Bala Singam masih meneruskan perkhidmat­an beliau.

“Keputusan pemendekan tempoh perkhidmat­an ini dicapai dan dipersetuj­ui oleh mereka yang berkenaan dalam satu perbincang­an yang diadakan pada 15 Oktober lalu, iaitu sebelum berita mengenai penubuhan tribunal khas disiarkan oleh media pada 17 Oktober lalu.

“Sehubungan itu, surat bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan pemendekan perkhidmat­an itu sudah dikemukaka­n kepada pihak Istana Negara pada hari ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, sebuah portal berita dalam laporan eksklusifn­ya melaporkan kerajaan akan menubuhkan tribunal khas bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh SPR terutama ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Difahamkan, tribunal berkenaan akan menyiasat salah laku oleh SPR. Penubuhan tribunal itu dilihat untuk memastikan pembaharua­n sistem pilihan raya dapat dilaksanak­an selain menyingkir­kan pegawai SPR yang disyaki terbabit dalam sebarang salah laku.

Mengikut laporan berkenaan, beberapa bekas hakim Mahkamah Persekutua­n dijangka terbabit dalam mengendali­kan tribunal itu dan sebuah pasukan sudah ditubuhkan oleh Pejabat Peguam Negara bagi membantu tribunal berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia