Harian Metro

Selepas 5 soal siasat

- Irwan Shafrizan Ismail dan Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

„ Zahid didakwa kes penyelewen­gan RM800,000 hari ini

Selepas lima kali disoal siasat dan diambil keterangan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pecah amanah dan salah guna kuasa sebuah yayasan, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akhirnya ditahan, semalam sebelum didakwa di mahkamah hari ini.

SPRM dalam kenyataan semalam, berkata Ahmad Zahid ditahan berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitka­n dana sebuah yayasan, selepas mendapat izin untuk pendakwaan daripada Pejabat Peguam Negara.

“Penahanan itu dibuat jam 3.15 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini (semalam).

“Susulan itu, Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 8 pagi esok (hari ini) untuk pertuduhan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di ibu pejabat SPRM, di sini, tepat jam 3 petang dengan menaiki kenderaan SUV Toyota Lexus.

Beliau yang memakai kemeja batik bercorak hitam putih dan garisan berwarna warni kelihatan ceria ketika berhadapan dengan lebih 50 petugas media yang menanti beliau sejak jam 11 pagi.

Dalam pada itu, kira-kira 30 penyokong Ahmad Zahid

berkumpul di pekarangan pintu pagar ke bangunan SPRM sejak jam 2 petang.

Turut hadir, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis, adiknya, Datuk Mohd Lokman

 ??  ?? DR Ahmad Zahid melambai kepada penyokongn­ya sebaik tiba di Ibu Pejabat SPRM, semalam.
DR Ahmad Zahid melambai kepada penyokongn­ya sebaik tiba di Ibu Pejabat SPRM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia