Harian Metro

Cegah aura negatif ‘membusuk’

- DARI MUKA R29

Menurutnya, jika ada masa, dia akan membaca setiap komen pengikut di media sosial.

“Pada peringkat awal, saya gigih juga memadam dan menyekat semua pengikut menimbulka­n impak negatif kepada saya,” katanya.

Menurut Wany, dia tidak mahu aura negatif ‘membusuk’ di akaun media sosial miliknya.

“Kadang-kadang, jika ada orang yang mula menulis komen negatif di Instagram saya, akan ada rentetan dan seterusnya membuatkan aura negatif menyelubun­gi ruang media sosial itu.

“Saya tak mahu timbul pergaduhan antara pengikut dengan individu yang menulis komen negatif itu. Jadi, saya buat keputusan untuk padam,” katanya.

Disebabkan itu, Wany menjadi sebahagian daripada kempen Zon

Bebas Buli yang dianjurkan oleh satu jenama kosmetik terkemuka, baru-baru ini.

Dalam acara itu, Wany melakukan perkongsia­n dengan lebih 4,000 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang.

“Saya berpesan kepada mereka supaya bijak memilih kawan. Biarlah kita dikeliling­i kawan yang

Wany padam komen untuk elak pergaduhan antara pengikut di media sosial

bersikap positif kerana itu akan membuatkan kita yang pernah dibuli, akan rasa lebih tenang.

“Selain itu, keluarga juga memainkan peranan penting untuk membantu memulihkan semangat mangsa buli,” katanya.

Selain berkempen di beberapa lokasi, Wany juga terbabit dalam satu penggambar­an video pendek berkaitan antibuli.

“Dalam video itu, saya berlakon sebagai pelajar sekolah yang dibuli secara fizikal dan selepas dewasa, menjadi mangsa buli siber.

“Harapnya, ada mesej positif yang dapat diambil oleh mereka yang menonton dan semoga itu dapat menaikkan semula semangat mereka,” katanya.

SELESA DUET DENGAN TAJUL

Wany baru saja muncul dengan single terbaru berjudul Aku Serius, duet bersama Tajul.

Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang menganggap­nya terlalu selesa bekerjasam­a dengan Tajul.

“Bagi saya, selagi ada permintaan daripada pihak pengurusan, saya akan berduet dengan Tajul. Lagipun, kami berada di bawah syarikat pengurusan yang sama. Jadi, semuanya berjalan dengan mudah,” katanya.

Namun, itu tidak bermakna Wany mengehadka­n dirinya untuk berduet dengan penyanyi lain.

“Saya sentiasa terbuka untuk melakukan duet dengan mana-mana penyanyi yang sesuai. Kalau ada rezeki, saya nak sangat berduet dengan Datuk Jamal Abdillah dan Khai Bahar,” katanya.

Ditanya mengenai lagu Aku Serius, Wany berkata, ia umpama mengimbau kembali lagu seperti Paling Comel nyanyian Allahyarha­m Achik Spin dan Siti Nordiana.

“Ia lagu rancak yang dicipta Aidit Alfian dan apabila saya dengar lagu itu, ada ‘vibe’ seperti lagu Paling Comel. Harapan saya, semoga lagu itu diterima baik,” katanya. -Syafil Syazwan Jefri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia