Harian Metro

Bella abadikan kekecewaan

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Menangis setiap kali menyanyi Aku Rela

Ada segelintir individu mudah meneruskan kehidupan mereka selepas putus cinta.

Namun, situasi itu berlainan bagi penyanyi baru, Bella Iezara yang masih sukar melupakan bekas kekasihnya.

Disebabkan itu, penyanyi berusia 25 tahun ini mengambil keputusan mengabadik­an kekecewaan­nya menerusi single sulung, Aku Rela.

Menurut Bella, Aku Rela ciptaan Bambang Kusty dan

Randy mengisahka­n hubungan cinta pasangan kekasih yang tidak direstui keluarga kedua-dua pihak.

“Sebenarnya lagu itu sudah ada dan kebetulan liriknya menceritak­an kisah hidup yang kini dilalui saya,” katanya.

Gadis berasal dari Johor itu memberitah­u sukar mengawal perasaan sehingga menangis setiap kali menyanyi Aku Rela.

“Sudah dua tahun kami putus hubungan, tetapi saya masih sukar untuk terima hakikat. Cinta kami dihalang kerana keluarga bekas kekasih sudah ada calon isteri untuknya,” katanya.

Bella percaya bekas kekasih tahu dia sudah mencapai impian menjadi penyanyi kerana lelaki itu ada mengikut perkembang­annya di media sosial.

“Saya kini berusaha untuk melupakan dia kerana mahu terus ke depan. Awal tahun depan, saya akan melancarka­n single kedua. Buat masa ini, saya rancak mempromosi­kan Aku Rela dan sudah memperkena­lkan lagu itu di stesen radio serta televisyen tempatan termasuk Singapura,” katanya.

Bella mula menyanyi sejak usia lapan tahun dan dilamar syarikat rakaman Kenyalang Production ketika menghadiri satu pertanding­an menyanyi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia