Harian Metro

Gembleng pembanguna­n industri kayu

- DARI MUKA V35

Objektif program perkenalka­n penggunaan teknologi pemprosesa­n industri hiliran terkini

“MTIB akan memastikan pelan tindakan yang digariskan dalam Dasar Perindustr­ian Kayu Negara (NATIP) sentiasa dilaksanak­an supaya matlamat untuk mencapai nilai eksport RM25 bilion menjelang 2020 akan terlaksana.

“Kami sentiasa menekankan aspek pembanguna­n modal insan sebagai aset terpenting kerana daripadany­a, usaha bagi menggemble­ng pembanguna­n industri kayu khususnya produk kayu bernilai tambah tinggi akan dapat dimaterial­isasikan.

“Atas dasar ini, MTIB perlu proaktif di samping mempunyai semangat bekerja dan kesungguha­n untuk memastikan segala program, pelan tindakan dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanak­an mengikut indeks prestasi utama (KPI) ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Program Lawatan Mengenal Industri Perkayuan oleh Agensi Media serta Perbankan ke Wilayah Utara, barubaru ini. Hadir sama, Timbalan Pengarah, Pejabat Ketua Pengarah MTIB Mazree Iman.

Dr Jalaluddin berkata, objektif program ini adalah untuk memperkena­lkan industri perkayuan negara terutama dalam penggunaan teknologi pemprosesa­n industri hiliran terkini.

“Ia dapat menyampaik­an maklumat terkini berkenaan kemajuan dan prestasi kepelbagai­an produk perkayuan yang memberi sumbangan kepada sosioekono­mi negara.

“Perabot kayu, papan lapis dan kayu bergergaji adalah antara tiga produk terbesar yang menyumbang kepada nilai eksport perkayuan negara dengan nilai eksport masingma

 ??  ?? PENGARAH Urusan BJA Anum Nazahah bersama bapanya, Ahmad Mazlan Othman menghasilk­an
pelbagai produk daripada buluh.
PENGARAH Urusan BJA Anum Nazahah bersama bapanya, Ahmad Mazlan Othman menghasilk­an pelbagai produk daripada buluh.
 ??  ?? DR Jalaluddin menunjukka­n bakat mengukir kayu.
DR Jalaluddin menunjukka­n bakat mengukir kayu.
 ??  ?? PENGARAH Urusan Bidin Bin Jasin Sdn Bhd, Zaharin Bidin (kiri) melihat pekerja membuat kerusi berasaskan kayu.
PENGARAH Urusan Bidin Bin Jasin Sdn Bhd, Zaharin Bidin (kiri) melihat pekerja membuat kerusi berasaskan kayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia