Harian Metro

Tawar harga, kemudahan selesa

- DARI MUKA V35

Beri peluang orang ramai lihat kemudahan di dalam makmal termasuk kapasiti mesin

Dr Jameel berkata, program ini juga memberi peluang kepada saintis muda untuk mendapatka­n perkhidmat­an penyelidik­an yang terdapat di ABI dengan harga berpatutan berbanding di tempat lain.

“Sasaran kami hendak promosi apa saja termasuk bengkel dan kemudahan makmal. Kami sebagai agensi kerajaan menawarkan harga dan kemudahan yang selesa untuk mereka buat penyelidik­an.

“Hari terbuka ini juga memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri kemudahan yang terdapat di dalam makmal termasuk kapasiti mesin yang kita ada.

“Sempena hari terbuka ini, kita menawarkan baucar diskaun sebanyak 10 peratus kepada manamana peserta yang hadir untuk mendapatka­n perkhidmat­an di ABI termasuk mereka yang mempromosi­kan melalui media sosial.

“Setakat ini, 76 syarikat sudah mendapatka­n perkhidmat­an kami termasuk kolej swasta, syarikat, institut pengajian tinggi awam atau swasta,” katanya.

Menurutnya, ABI dilengkapi instrumen analisis canggih untuk menjalanka­n pelbagai aktiviti penyelidik­an dan kemudahan teras dapat diakses institusi penyelidik­an, universiti dan industri lain melalui perkhidmat­an, kolaborasi serta sebagai makmal usaha sama.

“STU adalah satu unit untuk menyelaras dan memudahkan aktiviti kemudahan teras kami di ABI untuk keperluan penyelidik­an dalaman serta luaran.

“Antara misi dan visi kami adalah untuk me ngubah sektor pertanian Malaysia melalui suntikan pengetahua­n, penemuan dan inovasi baru dalam agrobiotek­nologi selain menjadi pusat utama dengan keupayaan menjadikan Malaysia kedudukan strategik dalam bidang agrobiotek­nologi global,” katanya.

Seorang peserta, Razman Yahya, 21, berkata, hari terbuka itu sesuai untuk pelajar khususnya yang mengambil jurusan bioteknolo­gi mengetahui lebih mendalam bidang itu.

“Saya berharap hari terbuka ini dapat memberi lebih banyak penerangan dan demonstras­i mendalam berkenaan produk yang dipamerkan.

“Program ini sangat baik dan dapat memberi peluang untuk menimba sebanyak mungkin ilmu atau maklumat berkenaan bioteknolo­gi selain meninjau prospek serta peluang pekerjaan,” katanya. -Mohamad Hussin

 ??  ?? PESERTA berpeluang melawat makmal.
PESERTA berpeluang melawat makmal.
 ??  ?? SAINTIS ABI menjalanka­n kajian makmal.
SAINTIS ABI menjalanka­n kajian makmal.
 ??  ?? PENGURUS Makmal Prosedur Haiwan ABI Tan Chun Keat menunjukka­n ikan kelah untuk kajian makmal.
PENGURUS Makmal Prosedur Haiwan ABI Tan Chun Keat menunjukka­n ikan kelah untuk kajian makmal.
 ??  ?? KEMUDAHAN yang terdapat di ABI.
KEMUDAHAN yang terdapat di ABI.
 ??  ?? ABI menawarkan perkhidmat­an penyelidik­an produk kepada orang ramai.
ABI menawarkan perkhidmat­an penyelidik­an produk kepada orang ramai.
 ??  ?? Setakat ini, 76 syarikat sudah mendapatka­n perkhidmat­an kami termasuk kolej swasta, syarikat, institut pengajian tinggi awam atau swasta
Setakat ini, 76 syarikat sudah mendapatka­n perkhidmat­an kami termasuk kolej swasta, syarikat, institut pengajian tinggi awam atau swasta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia