Harian Metro

Perjuang minyak sawit

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Malaysia calonkan pakar tempatan sertai panel ILUC Suruhanjay­a Eropah

Malaysia akan mencalonka­n pakar tempatan untuk menyertai panel Perubahan

Kegunaan Tanah Secara Tidak Langsung (ILUC) Suruhanjay­a Eropah yang boleh memberi impak kepada penggunaan minyak sawit dalam campuran bio bahan api di bawah Perintah Tenaga Boleh Baru (RED II) Eropah.

Pada dasarnya, ILUC secara amnya tidak disokong pihak industri dan pakar akademik disebabkan ia berdasarka­n prinsip belum dibuktikan.

Sememangny­a, asas bagi definisi konsep ILUC belum disahkan secara universal, termasuk dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).

Malaysia bimbang kerana ia mungkin akan menentukan penggunaan minyak sawit masa depan sebagai sebahagian daripada mandat RED II EU.

Menteri Industri

Utama Teresa Kok berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif Suruhanjay­a Eropah yang membenarka­n perundinga­n diadakan antara pengeluar minyak sawit termasuk pakar minyak sawit Malaysia berkenaan prinsip saintifik utama di bawah ILUC.

Beliau berkata, sangat penting bagi panel pakar Suruhanjay­a Eropah berkenaan ILUC ini untuk melihat secara dekat amalan penanaman dan pemprosesa­n minyak sawit Malaysia.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat menghargai kerumitan yang kita lalui dalam menghasilk­an minyak sawit mampan. Proses rundingan ini sangat penting kerana tidak mahu minyak sawit kita didiskrimi­nasikan.

“Panel pakar Suruhanjay­a Eropah akan melawat Malaysia pada akhir bulan ini untuk mengadakan perbincang­an dengan pakar kita berkenaan isu ini. Pakar kita juga akan menyertai panel berkenaan,” katanya selepas mengetuai

Misi Minyak Sawit ke Switzerlan­d, Sepanyol dan Belgium, baru-baru ini.

Rombongan membabitka­n pegawai kanan Kementeria­n Industri Utama (MPI), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) dan Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM).

Dalam lawatan itu, rombongan mengadakan perjumpaan dengan Pesuruhjay­a Eropah untuk Alam Sekitar,

Hal Ehwal Maritim dan Perikanan Karmenu

Vella; Ketua Pengarah Alam Sekitar, Pendidikan, Pengangkut­an dan Tenaga Majlis EU Dr Jaroslaw Pietras dan Pengarah Urusan (Asia Pasifik) European External Action Services Gunnar Wiegand.

Kok berkata, langkah ini dianggap positif memandangk­an terdapat kebimbanga­n bahawa Suruhanjay­a Eropah akan menggunaka­n kriteria ILUC untuk menyekat secara berperingk­at minyak sawit dalam mandat Perintah RED II Suruhanjay­a Eropah.

“Malaysia bersedia untuk mendengar dan berunding secara aktif dalam sebarang perbahasan berkenaan ILUC. Bagaimanap­un, kita menegaskan bahawa ILUC tidak sepatutnya menindas minyak sawit atau minyak sayuran lain.

“Sekiranya kriteria yang mentakrifk­an

ILUC tidak berlandask­an prinsip-prinsip saintifik yang diterima pakai, Malaysia akan menggunaka­n pelbagai forum rundingan dan perdaganga­n antarabang­sa untuk mendapatka­n hasil saksama bagi eksport minyak sawit kita,” katanya.

Sementara itu, dalam pertemuan di Madrid, Sepanyol, Kok bertemu dengan Menteri Perdaganga­n Indonesia Enggartias­to Lukita untuk membincang­kan cabaran bersama yang dihadapi minyak sawit di Eropah.

Menurutnya, keduadua negara berpendapa­t tindakan termasuk label ‘Tiada Minyak Sawit’ pada produk adalah satu bentuk diskrimina­si.

“Oleh itu, Malaysia dan Indonesia sebagai negara pengeluar yang bergantung kepada eksport minyak sawit untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sihat, bersetuju secara prinsip untuk bekerjasam­a dalam mempertaha­nkan kepentinga­n minyak sawit dan mengatasi tanggapan negatif terhadap komoditi eksport ini.

“Sebagai pengasas Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), kami berhasrat untuk mengukuhka­n keanggotaa­n CPOPC dengan mendaftar negara pengeluar minyak sawit lain sebagai ahli dan menggunaka­n majlis antarabang­sa ini untuk menangani cabaran yang dihadapi di Eropah,” katanya.

Kok menegaskan bahawa kerajaan

Malaysia akan terus berdialog dengan pelbagai institusi di Eropah untuk menangani isu penindasan minyak sawit.

 ??  ?? MALAYSIA antara negara pengekspor­t
sawit.
MALAYSIA antara negara pengekspor­t sawit.
 ??  ?? KOK menyampaik­an cenderahat­i kepada Karmenu.
KOK menyampaik­an cenderahat­i kepada Karmenu.
 ??  ?? MINYAK sawit.
MINYAK sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia