Harian Metro

Rawatan hormon beri kesan positif

-

Selepas 3 tahun ketinggian Gabriel menunjukka­n tahap positif apabila cecah 142sm

Mengakui mempunyai fizikal rendah dengan ketinggian 143 sentimeter (sm) saja tetapi suaminya seorang yang tinggi iaitu

178 sm. Jadi dia langsung tidak terfikir bayinya akan didiagnos sebagai KMK walaupun sedar ibu yang rendah mempunyai risiko mendapat KMK ketika hamil.

Apabila pakar pediatrik menyatakan berat Gabriel selepas kelahirann­ya, hanya dua kilogram (kg), ia sangat merisaukan. Tambahan pula selepas pemeriksaa­n gula dalam darah bayi, doktor menasihatk­an Dr Hon memantau berat badan Gabriel.

“Tidak dinafikan saya sangat bimbang melihat keadaan Gabriel tetapi saya yakin semua itu dapat diatasi. Sebagai pakar pediatrik, saya juga faham KMK adalah masalah kesihatan yang boleh dirawat,” katanya tenang.

Ketika membesarka­n Gabriel, Dr Hon dan suami kerap mengukur dan memantau tumbesaran Gabriel termasuk pemakanann­ya. Malangnya Gabriel sangat cerewet untuk makan.

“Walaupun kami cuba sedaya upaya membantuny­a agar membesar sama seperti kanak-kanak lain malangnya dia masih tergolong sebagai pelajar terendah berbanding rakan seusia. Kami membuat kesimpulan ketinggian­nya mungkin disebabkan genetik dan kekurangan nutrisi hasil tabiat pemakanann­ya.

“Tambahan pula, ketika remaja suami saya turut mengalami kelewatan akil baligh. Jadi untuk menenangka­n hati, kami mengharapk­an Gabriel akan membesar dengan cepat dan lebih tinggi ketika meningkat remaja,” katanya mengharap.

Malangnya, semua itu tidak berlaku. Apabila Gabriel mencecah usia 10 tahun dan masih tidak mencapai ketinggian sepatutnya Dr Hon berasakan ada sesuatu yang tidak kena lantas segera bertemu pakar endokrinol­ogi pediatrik.

Daripada situ doktor mencadangk­an Gabriel mengambil diet kalori tinggi dan melakukan rawatan hormon tumbesaran.

“Keputusan menjalani rawatan ini bukannya mudah. Saya dan suami mengambil masa lama untuk bersetuju memandangk­an prosedur rawatan yang sangat banyak. Walaupun bimbang pada mulanya, saya yakin rawatan hormon ini akan memberikan petanda positif kepada Gabriel,” katanya yang banyak membaca mengenai masalah ini.

Pada usia 10 tahun, Gabriel memulakan rawatan hormon tumbesaran yang pertama. Kini, selepas tiga tahun ketinggian Gabriel menunjukka­n tahap positif apabila mencecah 142sm, hampir separas ibunya. Malah Dr Hon sangat mengharap Gabriel dapat mencapai ketinggian sekurang-kurangnya 165 hingga 170 sm.

Jelas Dr Hon, apabila difikirkan dia sepatutnya bertemu pakar endokrinol­ogi pediatrik ketika Gabriel berusia lima tahun, pada saat ketinggian dan beratnya masih di bawah tahap ketiga dalam graf tumbesaran. Ini kerana kajian menunjukka­n 10 peratus daripada bayi KMK tidak akan mencapai tahap tumbesaran sepatutnya.

“Bagi ibu bapa yang khuatir tumbesaran anak tidak seperti yang sepatutnya mulakan dengan diet kalori tinggi semasa mereka berada di peringkat prasekolah. Sekiranya selepas itu mereka belum mencapai tahap ketinggian sepatutnya pada zaman sekolah rendah, berjumpala­h pakar endokrin pediatrik untuk

Ibu bapa jangan cepat kecewa dan putus asa kerana ada penyelesai­an untuk masalah ini. Jika anda mengesyaki anak anda tidak membesar seperti rakannya, segera bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaa­n

Bagi ibu kepada dua cahaya mata, Jeyamany Palanivel pada mulanya beranggapa­n adalah perkara biasa melihat pertumbuha­n Darshana yang bertubuh kecil berbanding rakan seusia. Bagaimnapu­n, apabila Darshana sering meluahkan kekecewaan kerana diejek rakan sekelas disebabkan paling rendah, dia berasakan perlu melakukan sesuatu.

“Lalu saya dan suami membawa Darshana ke klinik untuk menjalani pemeriksaa­n. Menerusi laporan perubatan Darshana didiagnos mengalami masalah gangguan hormon tumbesaran (GHD).

“Saya sangat terkejut mendengarn­ya kerana sebelum ini langsung tidak tahu mengenai GHD. Tidak sangka anak saya menghadapi masalah ini kerana kakak sulungnya

 ??  ?? JEYAMANY (dua dari kiri) bersama suami dan Darshana (kiri) yang mengikuti rawatan hormon
tumbesaran.
JEYAMANY (dua dari kiri) bersama suami dan Darshana (kiri) yang mengikuti rawatan hormon tumbesaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia