Harian Metro

Hak anak wajib ditunaikan

-

Komplikasi boleh berlaku sepanjang hayat terutama individu tidak mendapat cukup imunisasi

Pesakit kemudian dimasukkan ke wad kanakkanak dan di tempatkan di unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober kerana keadaannya semakin lemah hingga memerlukan bantuan pernafasan. Bagaimanap­un, mangsa meninggal dunia Isnin lalu akibat difteria teruk dengan kegagalan pelbagai organ.

Kedua-dua kes yang berlaku ini sebenarnya amat menyedihka­n kerana ia boleh dielakkan. Ini kerana umum mengetahui kepentinga­n vaksin yang perlu diberikan kepada bayi sejak lahir. Malah jadual pengambila­n vaksin juga diatur dengan teliti mengikut tahap umur kanak-kanak. Semua vaksin yang wajib diambil mengikut Kementeria­n Kesihatan diberikan sehingga anak mencecah usia tujuh tahun, semuanya dirancang demi memastikan keselamata­n dan kesihatan generasi muda kita.

Memberi perlindung­an dari segi kesihatan adalah antara hak anak yang wajib ditunaikan, apatah lagi di negara kita ia diberikan secara percuma. Ini menjadi kewajipan dan tanggungja­wab itu bapa untuk memastikan bayi mereka tidak dijangkiti sebarang penyakit sebelum si kecil mula membentuk daya ketahanan badan sendiri yang lebih kuat.

Merujuk kepada laman sesawang Kementeria­n Kesihatan, difteria penyakit disebabkan jangkitan akut yang menjejaska­n sistem pernafasan. Wabak ini mula menular di Russia, Ukraine, Mongolia dan Ekuador pada 1990-an dan jarang berlaku di negara perindustr­ian kerana pemberian vaksin DPT (difteria, pertusis dan tetanus) sememangny­a sudah dilaksanak­an.

Namun ia meningkat ketika musim sejuk di kawasan beriklim sederhana membabitka­n kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi.

Difteria berpunca daripada virus Corynebact­erium diphtheria­e, yang akan mengeluark­an toksin difteria. Ini menyebabka­n terbentukn­ya selaput lembut berwarna kelabu di sekitar tekak dan kadangkala selaput mukus lain pada kulit, konjunktiv­a (di mata) dan kemaluan.

Kanak-kanak yang dijangkiti akan mengalami kesukaran menelan kerana tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut dan farinks dan bengkak pada kelenjar leher.

Jangkitan difteria tersebar dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair dan sentuhan fizikal seperti air liur dan ketika bersin.

Bagi penghidapn­ya, mereka boleh mendapat jangkitan yang teruk sehingga mengancam nyawa. Komplikasi boleh berlaku sepanjang hayat terutama individu yang tidak mendapat imunisasi secukupnya. Malah risiko meningkat di kawasan sesak dan mempunyai tahap sosio ekonomi yang rendah.

Bagi penyakit difteria kanak-kanak, ia hanya dapat dikenal pasti pada peringkat awal dengan mengambil sampel kuman daripada pesakit dan diuji di makmal. Namun, doktor akan hanya memulakan rawatan awal pada pesakit yang disyaki kerana penyakit difteria boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat.

Jika rawatan awal tidak diberikan, pesakit mungkin akan mengalami komplikasi seperti kelumpuhan saraf kranial, motor periferi dan deria serta miokarditi­s. Selain itu pesakit juga berisiko mengalami kelumpuhan saraf otak, kaki dan tangan (motor periferi) serta deria dan radang pada jantung (miokarditi­s).

Melihat kepada besarnya ancaman ke atas kesihatan si kecil, ibu bapa perlu lebih prihatin dengan sebarang perubahan yang berlaku pada anak. Ia termasuk memastikan sekiranya anak mereka mempunyai gejala seperti demam, sakit tekak, lapisan selaput nanah berwarna kelabu kehijauan pada saluran kerongkong, sakit ketika menelan atau bengkak bahagian leher dan masalah pernafasan supaya segera membawa anak ke hospital.

Bagi kanak-kanak yang disahkan menghidap difteria, doktor akan memberikan antitoksin serta-merta selepas spesimen bakteria diambil tanpa menunggu keputusan tetapi tidak semua pusat perubatan mempunyai antitoksin. Eritromisi­n dan penisilin pula hanya akan diberi selepas kultur diperoleh yang berfungsi untuk mengawal bakteria.

Pesakit akan memerlukan pemantauan dan dikuaranti­nkan untuk mengelak jangkitan daripada tersebar. Tapi malangnya antitoksin ini tidak akan memusnahka­n semua toksin yang sudah ada di dalam badan, sekali gus menyebabka­n penyakit ini boleh berulang.

Oleh itu langkah pencegahan yang paling berkesan adalah mendapatka­n vaksin difteria yang diberi serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus untuk bayi pada berusia dua, tiga dan lima bulan (semuanya tiga dos) dan dos booster pada usia 18 bulan dan tujuh tahun.

Jangan bimbang sekiranya anak anda masih belum mendapat vaksin ini kerana ia boleh diberikan pada bila-bila masa saja sama ada ketika remaja atau dewasa. Namun ambillah langkah segera untuk melindungi­nya.

Paling penting berbincang dengan doktor bagi mengetahui lebih lanjut bagaimana anak anda boleh diberikan vaksin untuk mencegah difteria.

Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahka­n mereka kepada jangkitan kuman, malah boleh membahayak­an komuniti.

Ibu bapa yang belum memberikan imunisasi kepada anak masingmasi­ng diminta tampil mendapatka­n imunisasi mengikut jadual ditetapkan Kementeria­n Kesihatan. Bagi kanak-kanak yang tercicir suntikan masih boleh mendapatka­n perkhidmat­an di manamana klinik kesihatan terdekat.

Tidak rugi mengambil langkah berjaga-jaga demi kebaikan anak kita sendiri. Sayangi anak kita dengan memberi si kecil perlindung­an kesihatan yang memang menjadi haknya!

- Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? BAYI dan kanakkanak perlu diberikan vaksin sehingga usia mencapai tujuh tahun.
BAYI dan kanakkanak perlu diberikan vaksin sehingga usia mencapai tujuh tahun.
 ??  ?? PASTIKAN anak anda dibawa ke klinik apabila demam.
PASTIKAN anak anda dibawa ke klinik apabila demam.
 ??  ?? LAPISAN selaput nanah berwarna kelabu kehijauan pada saluran kerongkong petanda difteria yang teruk.
LAPISAN selaput nanah berwarna kelabu kehijauan pada saluran kerongkong petanda difteria yang teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia