Harian Metro

Martabat irama tradisi

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Sarah mahu timba ilmu

dalam D’Academy Asia musim

keempat

Selepas tiga kali mencuba, akhirnya rezeki menyebelah­i penyanyi yang juga pemenang tempat ketiga program realiti Mentor Legend, Maishara Fazny Mahadzir atau Sarah apabila berjaya menempatka­n diri sebagai peserta pertanding­an D’Academy Asia di Jakarta anjuran Indosiar, Indonesia.

Sebelum ini, beberapa penyanyi tempatan pernah menyertai program terbabit dan mencipta nama di sana seperti Shiha Zikir, Asmidar, Elda Susanti dan Syura Badron.

Kali ini Sarah bersama lima lagi peserta mewakili Malaysia termasuk penyanyi yang semakin mencipta nama, Wanie Kayrie bakal bersaing dengan 30 peserta lain dari enam negara.

Bercerita mengenai penyertaan dalam pertanding­an yang mempertaru­hkan lagu dangdut klasik dan irama Malaysia itu, Sarah berkata, sebenarnya sejak Shiha Zikir layak dan memenangi tempat ketiga pertanding­an D’Academy Asia musim pertama, dia sudah menyimpan impian untuk menyertain­ya.

“Waktu itu saya sudah pun mengikuti perkembang­an pertanding­an yang pertama kali dianjurkan. Saya turut membuat penyelidik­an apa itu dangdut klasik dan irama Malaysia yang menjadi tunjang kepada penganjura­n pertanding­an.

“Saya terus jadi tertarik kerana pada saya kita punya irama Malayisa, namun orang muda kita lebih minat dengan muzik semasa sehingga kita lupa irama tradisi tempatan sedangkan ia lambang budaya kita.

“Berbeza dengan penyanyi muda di Indonesia apabila rata-rata boleh menyanyi dangdut klasik dengan baik. Dari situ saya belajar dan mahu mencuba,” katanya.

Menurut penyanyi yang pernah muncul dengan single Tak Mungkin dan Urusan Hati ini, dia pernah menghadiri uji bakat untuk D’Academy Asia musim kedua, tetapi penyertaan sudah penuh.

“Waktu itu Allahyarha­m Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah sebagai koordinato­r uji bakat di sini menyatakan sudah penuh, tetapi dia tetap suruh saya datang untuk mencuba. Waktu itu saya hanya tahu tiga lagu saja genre dangdut klasik.

“Dipanggil uji bakat sekali lagi untuk musim ketiga waktu itu saya menaruh harapan besar dan saya bersungguh-sungguh. Saya belajar banyak lagu dan juga selok-belok menyanyika­n lagu dangdut klasik dan irama Malaysia, tetapi sayang rezeki tidak berpihak kepada saya. Rupa-rupanya rezeki saya pada musim keempat ini,” katanya.

Sarah berkata, dia tidak menaruh sebarang harapan dalam D’Academy Asia, sebaliknya apa yang dilakukan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menimba ilmu di samping memartabat­kan irama tradisi.

Bercerita lanjut mengenai pertanding­an yang bakal membuka tirai pada 21 Oktober ini, Sarah berkata, dia melihat penyertaan­nya berbanding lima peserta lain mempunyai peluang sama rata.

“Kedudukan kami berenam dalam pertanding­an ini saya lihat agak sama rata. Walaupun saya boleh menyanyi irama tradisi dan dangdut klasik, saya akui ada yang mampu menyanyi lebih bagus berbanding saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia