Harian Metro

Karya melangkaui batas bahasa

-

Pementasan The Tragicomed­y of Errors disesuaika­n

dengan konteks dan sejarah tempatan

Produksi ini secara keseluruha­n cuba mengambil satu langkah untuk meruntuhka­n batas bahasa antara kaum dan mewujudkan sebuah produksi yang intergrasi dan kerjasama di antara semua terbabit dapat memperkaya dan mengangkat nilai kualiti sesebuah produksi.

Sesuai dengan matlamatny­a, teater ini menampilka­n barisan pelakon pelbagai kaum antaranya Anwar Rusdini, Lenna Lim, Anne James, Bella Rahim, Na'a Murad, Nabil Zakaria, Yeo Lyle, MayJune, Leow Hui Min, Jet Lew, Miau Miau dan Vernon Adrian Emuang.

Secret Love in Peach Blossom Land pertama kali dipentaska­n pada 1986. Ia adalah pementasan kedua yang terhasil daripada kumpulan The Performanc­e Workshop daripada Taiwan.

Ia diilhamkan dan dihasilkan Stan Lai atau

Lai Sheng-chuan, seorang pengarah dan penulis teater Taiwan kelahiran Amerika Syarikat yang pernah memenangi beberapa anugerah utama dalam persembaha­n teater.

Ia turut digarap bersama oleh Li-Chun Lee dan barisan pelakon produksi asal pada 1986.

Fasyali melihat teater ini membawa dua makna iaitu kedukaan dan kegembiraa­n serentak. Elemen tragedi dan komedi boleh dilihat dalam semua aspek.

“Ia sebuah karya yang melangkaui batas bahasa kerana ditampilka­n dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan bahasa Mandarin.

“Saya memang tak pernah terbabit dengan sebarang pementasan Pentas Project sebelum ini, namun hanya berpeluang menonton beberapa persembaha­n mereka.

“Apabila diajak turut serta, saya rasa amat teruja terutama apabila bekerja dengan Kok Man. Dia seorang yang teliti dalam setiap kerja yang dilakukan,” katanya.

Fasyaly mengakui bukan mudah melakukan karya adaptasi dan dia perlu merujuk kepada

Kok Man sekiranya mahu melakukan sebarang perubahan.

“Saya membaca dan merujuk banyak sejarah negara yang berlaku pada 1960-an dan ia satu dekad yang paling menarik sekali untuk dijadikan latar dalam cerita ini.

“Pembentuka­n Malaysia, rusuhan kaum, perpisahan Singapura dan Malaysia serta banyak lagi peristiwa mencetuska­n idea untuk saya menjadikan latar sejarah ini sebagai inspirasi untuk kisah Johan dan Mei Yue.

“Tak ketinggala­n saya merujuk kepada

Kok Man mengenai adat budaya orang Cina untuk memahami konteks cerita ini dengan lebih baik. Banyak sejarah orang

Cina di Malaysia pada era 60-an yang saya peroleh,” katanya.

Teater ini dipentaska­n di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC, Pentas 1) bermula semalam hingga Ahad ini.

Tiket untuk menonton berharga RM203, RM103 dan RM83 untuk dewasa manakala RM63 bagi warga emas, pelajar dan orang kelainan upaya (OKU).

Maklumat lanjut di www.proticket.com.my.

 ??  ?? BARISAN produksi dan pelakon dalam teater The Tragicomed­y of Errors.
BARISAN produksi dan pelakon dalam teater The Tragicomed­y of Errors.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia