Harian Metro

Kereta klonlah!

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

„ Jururawat lelaki terlopong

kuasa JPJ

Seorang jururawat lelaki melopong terkejut sebaik mendapat tahu kereta Suzuki Swift yang dibeli murah pada harga RM6,000 adalah kereta klon.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan dalam Op Bersepadu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di Plaza Tol Awan Besar menghala ibu negara di sini, awal pagi, semalam.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Ismail Mohd Zawawi berkata, pemeriksaa­n mendapati nombor pendaftara­n kenderaan itu dipercayai palsu kerana tidak selari dengan nombor casis.

“Menurut pemilik kereta itu yang disoal siasat, kenderaan itu dibeli daripada rakan pada harga RM6,000.

“Pemeriksaa­n lanjut turut mendapati lesen memandu dimiliki lelaki itu adalah palsu,” katanya ketika ditemui selepas tamat operasi berkenaan.

Ismail berkata, kenderaan lelaki itu disita JPJ manakala lelaki terbabit ditahan anggota

polis trafik untuk siasatan lanjut.

“Operasi yang bermula jam 8.30 malam kelmarin turut menahan 121 kenderaan atas pelbagai kesalahan.

“Selain itu, 61 saman dikeluarka­n atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan 90 saman lagi atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

Operasi berkenaan turut membabitka­n enam agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Polis Tentera dan Puspakom.

 ??  ?? ANGGOTA JPJ membuat pemeriksaa­n dalam Op Bersepadu yang dijalankan di Plaza Tol Awan Besar menghala ibu negara, semalam.
ANGGOTA JPJ membuat pemeriksaa­n dalam Op Bersepadu yang dijalankan di Plaza Tol Awan Besar menghala ibu negara, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia