Harian Metro

Langkah penting

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

„ NIOSH sambut baik tindakan KPKT kaji semula, tambah baik SOP penyelamat­an dalam air

Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menyambut baik langkah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengkaji semula serta menambah baik prosedur operasi standard (SOP) penyelamat­an dalam air bagi mengelak berulangny­a tra- gedi yang boleh meragut nyawa anggota bomba.

Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya turut berharap supaya jawatankua­sa ditubuhkan kementeria­n itu bagi menyiasat, mencari punca selain memberi cadangan penambahba­ikan SOP itu akan turut disertai profesiona­l, badan bukan kerajaan dan pakar berkaitan termasuk yang sudah bersara.

Beliau berkata, NIOSH juga sudah menugaskan pegawai kanannya untuk menyertai jawatankua­sa berkenaan menerusi jemputan dibuat oleh kementeria­n itu.

“Jawatankua­sa itu juga perlu mencadangk­an SOP sesuai bagi proses menyelamat di kawasan yang tidak diambil kira sebelum ini seperti di parit monsun selain lokasi banjir kilat berisiko terdedah kepada renjatan elektrik, lubang dalam serta kawasan tapak pembinaan berbahaya.

“Langkah itu penting memandangk­an hujan kebelakang­an ini turut menyebabka­n banjir kilat di beberapa negeri serta di ibu negara dan Jabatan Meteorolog­i Malaysia menjangkak­an Monsun Timur Laut yang bermula awal bulan depan akan membawa antara empat hingga enam episod hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lam Thye berkata, NIOSH juga berharap laporan siasatan jawatankua­sa mengenai insiden meragut enam nyawa anggota bomba pada 3 Oktober lalu akan didedahkan kepada orang ramai bagi menunjukka­n ketelusan kerajaan mengelak berlakunya tragedi seperti itu pada masa depan selain bagi menghentik­an spekulasi.

Katanya, pendedahan laporan itu bukan untuk menuding jari bagi mencari kesilapan sebaliknya supaya SOP anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dapat ditambah baik dan mereka dibekalkan dengan latihan mencukupi serta peralatan yang sesuai.

“Saya percaya semua pihak amat berterima kasih dengan perkhidmat­an diberikan anggota bomba selama ini terutama ketika operasi yang mencabar dan berisiko tinggi seperti kemalangan di jalan raya atau di air termasuk ketika berlakunya bencana alam seperti banjir serta tanah runtuh,” katanya.

 ?? Lee Lam Thye ?? Langkah itu penting memandangk­an hujan kebelakang­an ini turut menyebabka­n banjir kilat di beberapa negeri serta di ibu negara dan Jabatan Meteorolog­i Malaysia menjangkak­an Monsun Timur Laut yang bermula awal bulan depan akan membawa antara empat hingga enam episod hujan lebat”
Lee Lam Thye Langkah itu penting memandangk­an hujan kebelakang­an ini turut menyebabka­n banjir kilat di beberapa negeri serta di ibu negara dan Jabatan Meteorolog­i Malaysia menjangkak­an Monsun Timur Laut yang bermula awal bulan depan akan membawa antara empat hingga enam episod hujan lebat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia