Harian Metro

Tiga kilang diarah tutup

-

Bukit Mertajam: Masuk saja ke dalam sebuah pusat beli-belah di sini, bau busuk seakan najis terus menusuk hidung pelanggan dan peniaga di situ.

Demikian gambaran betapa kotornya kawasan di sebuah pusat beli-belah yang dipenuhi kedai makanan dan kedai runcit diusahakan warga asing terutama dari Myanmar.

Tinjauan yang dilakukan ketika Operasi ‘Penang Sihat’ dijalankan Bahagian Keselamata­n & Kualiti Makanan (KKM) Jabatan Kesihatan Negeri mendapati semua mereka menjalanka­n perniagaan restoran dan kedai runcit di dalam premis berhawa dingin sekali gus mengundang bau kurang enak.

Pusat beli-belah empat tingkat itu dipenuhi restoran warga asing yang antaranya menjual makanan nasi campur dengan citarasa negara asal mereka, malah ada yang berniaga sirih dan ikan kering.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Wan Mansor Hamzah berkata, dalam operasi yang dijalankan sejak jam 8 pagi berjaya mengesan beberapa kesalahan yang melanggar Akta Makanan 1983 serta beberapa lagi peraturan kesihatan.

Menurutnya, pihaknya terdiri daripada 146 pegawai dan anggota penguat kuasa menjalanka­n operasi di beberapa premis kerajaan dan kilang industri kecil dan sederhana termasuk beberapa pusat beli-belah.

Katanya, pihaknya mengeluark­an kompaun di sebuah kedai makan milik warga asing yang menjual minuman keras di pusat beli-belah yang diperiksa dalam operasi terbabit.

“Pemiliknya dikompaun kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 361 (2A) kerana tidak memaparkan tanda bahawa meminum minuman keras boleh membahayak­an kesihatan dan Sekyen 361(5) kerana mempamer minuman keras bersama minuman lain,” katanya.

Menurutnya, minuman keras yang dijual di sebuah restoran di dalam pusat beli-belah itu juga dirampas.

“Sehingga jam 5 petang tadi (semalam), pihak kami mengadakan operasi di 10 premis kilang sebelum tiga daripadany­a didapati tidak mencapai markah yang ditetapkan apabila memperoleh markah kurang daripada 65 peratus.

“Ketiga-tiga kilang ini diarahkan tutup selama 14 hari sehingga mereka memperbaik­i kekurangan yang dikesan pihak KKM,” katanya.

 ??  ?? ANTARA minuman keras yang dirampas. Gambar kecil, anggota penguat kuasa menampal notis penutupan premis.
ANTARA minuman keras yang dirampas. Gambar kecil, anggota penguat kuasa menampal notis penutupan premis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia