Harian Metro

Maut rempuh lori

- Roselan Ab Malek cnews@nstp.com.my

„ Wanita terbunuh, menantu cedera langgar kenderaan rosak

Seorang wanita terbunuh manakala menantunya cedera selepas kereta dinaiki merempuh belakang lori rosak di Kilometer 37, Jalan Lipis-Merapoh, dekat Lipis di sini.

Dalam kejadian 3.50 pagi semalam, pemandu kereta Nissan Almera, Haszlan Hashim, 34, cedera manakala ibu mentuanya, Khatijah Awang, 53, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superinten­dan Azry Akmar Ayob berkata, kedua-dua mangsa berasal dari Besut, Terengganu dalam perjalanan ke Raub dikatakan merempuh bahagian belakang lori tiga tan yang berhenti di bahu jalan.

“Pemandu kereta berkenaan (Haszlan) dikatakan tidak menyedari ada kenderaan berat yang rosak di bahu jalan pada jarak yang dekat.

“Mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian kanan belakang lori terbabit,” katanya ketika dihubungi di Lipis, semalam.

Beliau berkata, akibat rempuhan

itu, Khatijah yang berada di sebelah kiri tempat duduk penumpang parah akibat tersepit.

“Siasatan awal mendapati lori yang membawa muatan kayu itu berada di bahu jalan akibat tayar belakangny­a pecah dan satu penanda segitiga diletakkan 10 meter dari jarak kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan saya menasihati pengguna jalan raya agar memandu dengan lebih berhati-hati pada waktu malam,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia