Harian Metro

Al-Kauthar juara

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@nstp.com.my

„ Projek wakaf bolehkan penuntut Politeknik Nilai gondol Anugerah Emas YS2P 2.0

Pada mulanya sekumpulan penuntut Politeknik Nilai, Negeri Sembilan ini menjalanka­n projek wakaf bagi menyertai pertanding­an

(YS2P) 2.0, namun tidak menyangka berjaya mengumpul dana sebanyak RM40,349.

Kejayaan itu melayakkan kumpulan al-Kauthar itu dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas dalam Anugerah YS2P 2.0 yang berlangsun­g di sini, sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan berkenaan, Khalilul Majid Azizan, 20, berkata, pihaknya mengambil masa selama empat bulan untuk mengumpul dana berkenaan.

Katanya, dana berkenaan akan disalurkan kepada Pusat Islam al-Kauthar di kampus berkenaan yang sedang menjalani proses naik taraf dan sememangny­a memerlukan peruntukan untuk pemasangan permaidani, kipas dan sistem audio.

“Pelbagai aktiviti wakaf dilakukan sepanjang tempoh berkenaan antaranya Explorace Wakaf, aktiviti wakaf dalam talian, wakaf food truck (kenderaan saji), wakaf Jumaat selain wakaf persendiri­an, kami sebenarnya tidak menyangka akan dapat mengumpul jumlah dana sebanyak ini,” katanya.

Anugerah berkenaan disampaika­n Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Norlida Abd Razak serta Ketua Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan PKT Logistics Group Sdn Bhd Datuk Michael Tio. Khalilul Majid berkata, mereka sama sekali tidak meletakkan harapan untuk meraih anugerah utama memandangk­an saingan yang diterima daripada kumpulan lain cukup sengit.

“Niat kami bukan untuk menang sebaliknya mahu membantu Pusat Islam dan mengumpul saham akhirat, kemenangan ini diibaratka­n sebagai bonus buat kami.

“Meskipun pertanding­an ini sudah berakhir namun projek ini tetap akan diteruskan dan mungkin juga dana ini boleh digunakan untuk membantu badan kebajikan lain serta insan yang memerlukan,” katanya.

Mohd Ismail berkata, YS2P memasuki tahun kedua penganjura­nnya dan tahun ini seramai 53 kumpulan penuntut dari 25 politeknik dan 10 kolej komuniti mengambil bahagian.

“Ia adalah platform melahirkan bakal usahawan yang akan meneroka peluang perniagaan baharu serta memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat dan negara selari dengan Pelan Tindakan Keusahawan­an 2016-2020 bagi melahirkan lulusan institusi pengajian tinggi yang mempunyai orientasi pemikiran keusahawan­an dan mencipta peluang pekerjaan,” katanya.

 ??  ?? KUMPULAN al-Kauthar dari Politeknik Nilai memenangi Anugerah Emas pada Majlis Anugerah YS2P 2.0.
KUMPULAN al-Kauthar dari Politeknik Nilai memenangi Anugerah Emas pada Majlis Anugerah YS2P 2.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia