Harian Metro

Peniaga miliki buku Daish dipenjara

-

Kuala Lumpur: Seorang peniaga dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan memiliki tiga buku berkaitan kumpulan pengganas Daish, April lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nor Farkhan Mohd Isa, 31, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika prosiding sebutan kes itu.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 April lalu.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Azman menasihatk­an tertuduh mengisi kehidupan selepas keluar dari penjara nanti dengan sebaik mungkin dan tidak sesekali melakukan perbuatan yang boleh merugikan diri sendiri.

Mengikut pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa memiliki tiga buku yang masing-masing bertajuk ‘Tarbiyah Jihadiyah’ jilid satu hingga 16 yang berkaitan dengan kumpulan pengganas Daish di rumah di Jalan Nakhoda 21, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru, Johor jam 11 pagi, 20 April lalu.

Pertuduhan terhadapny­a mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak ke atas item berkenaan.

Terdahulu, peguam P Loganathan yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya diberikan hukuman ringan atas alasan tertuduh tidak tahu memiliki buku seumpama itu salah di sisi undang-undang.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry bagaimanap­un memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Berdasarka­n fakta kes, buku yang dirampas di kediaman tertuduh dianalisis oleh pakar dan mendapati kandungann­ya antara lain tidak memaparkan suatu gambaran yang tepat mengenai agama Islam serta boleh mendatangk­an risiko penyebaran fahaman pelampau dan meningkatk­an semangat pembaca untuk menyokong penuh Daish.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia