Harian Metro

Penjenayah serang polis guna besi kena tembak

-

Kuala Lumpur: Seorang penjenayah cedera ditembak ketika cuba menyerang seorang anggota polis menggunaka­n senjata batang besi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superinten­dan Mohd Sabri Abdullah, berkata, kejadian bermula kira-kira jam 12.20 tengah malam semalam apabila anggota kereta polis peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul terserempa­k kenderaan Toyota Alphard dalam keadaan mencurigak­an berhampira­n Titiwangsa Sentral di sini.

“Semasa anggota MPV keluar dari kereta dan menuju ke kenderaan suspek, suspek terus memecut laju kenderaann­ya menghala ke Jalan Sultan Azlan Shah.

“MPV polis terus mengejarny­a sehingga ke Jalan Chow Kit sebelum kenderaan penjenayah menuju ke Taman Dagang, Ampang,” katanya.

Menurutnya, anggota polis yang kebetulan melakukan sekatan jalan raya cuba menahan kenderaan itu dengan mengarahka­n berhenti namun tidak diendahkan.

“Kenderaan suspek terus memecut laju menuju ke Bukit Hartamas, Cheras. Bilik gerakan IPD Kajang kemudian dimaklumka­n perkara itu pada jam 1.30 pagi sebelum sepasukan anggota MPV menuju ke Bukit Hartamas untuk membantu,” jelasnya.

Mohd Sabri berkata, anggota MPV terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan saspek dalam usaha memberhent­ikan kenderaan itu.

“Bagaimanap­un kenderaan suspek terus memecut ke arah kawasan sebuah kolam pancing ikan di Hartamas Cheras.

“Setibanya di jalan mati di situ, kereta suspek berhenti sebelum cuba mengundur namun terhalang dengan kereta MPV.

“Tiga lelaki kemudian keluar daripada kenderaan. Dua daripada mereka melarikan diri ke arah hutan dan terus menghilang­kan diri, seorang lagi berlari ke arah kolam pancing,” katanya.

Suspek sempat mencapai sebatang besi dan cuba menyerang anggota polis yang cuba membuat tangkapan .

“Bagi mempertaha­nkan diri, anggota MPV terbabit melepaskan sedas tembakan mengenai peha kanan suspek.

“Suspek yang cedera bersama dua lagi suspek termasuk seorang wanita yang masih berada dalam Toyota Alphard itu ditahan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Sabri
MOHD Sabri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia