Harian Metro

Geng Che Tam tumpas akhirnya

-

Petani: Kegiatan Geng Che Tam melakukan samun, curi kereta, culik, ugutan dan dadah tumpas selepas sembilan individu termasuk seorang penuntut sebuah universiti awam (UA) ditahan polis dalam beberapa serbuan pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek terdiri tujuh lelaki dan dua wanita berusia antara 19 tahun hingga 31 tahun,

Menurutnya, mereka ditahan selepas terbabit dalam kes samun, curi kereta, culik, mencederak­an orang, ugutan dan dadah membabitka­n tiga laporan polis.

Katanya, dalam kejadian pertama jam 9 malam pada 10 Oktober lalu, anggota Balai Polis Gurun menerima panggilan telefon daripada Bilik Kawalan Trafik Kuala Lumpur berkaitan seorang lelaki ditinggalk­an di dalam sebuah kereta di Kilometer 86 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

“Sebaik menerima maklumat itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan tangan bergari pada stereng kereta milik datuknya dan baranganny­a seperti wang tunai RM100 serta telefon bimbit dibawa lari suspek.

“Dalam kejadian kedua pula pada 8.30 malam keesokan harinya pula, seorang wanita dikenali anak saudara mangsa datang ke rumah di Taman Lembah Bujang, Merbok dengan menaiki kereta Proton Perdana warna hitam sebelum melarikan dua kunci kereta.

“Pada jam 5.40 petang 12 Oktober lalu, suspek terdiri tiga lelaki menaiki kereta Toyota Vios datang semula ke rumah itu dan bertindak melarikan dua kereta Honda Accord milik ayah serta abang ipar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam. Kuala Terengganu: Seorang penganggur menerima balasan segera selepas menderhaka terhadap bapanya, menerusi hukuman penjara empat tahun yang diputuskan Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhamad Hafizuddin Ab Kadir, 31, dari Jertih, Besut mengaku bersalah kerana melibas parang pada badan bapanya disebabkan tidak puas hati dituduh mengotorka­n kereta warga emas itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas bapanya, Ab Kadir Ahmad, 73, menggunaka­n parang di sebuah rumah di Jertih, Besut pada jam 3.30 petang, 1 September lalu.

Kesalahan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa yang berada di rumah, berselisih faham dengan tertuduh selepas bertanya mengenai keadaan keretanya kotor.

Tertuduh bagaimanap­un tidak mengaku dia menggunaka­n kereta itu, sedangkan dia sememangny­a memandu kenderaan berkenaan.

Akibat tidak puas hati, dia mengambil sebilah parang yang diletakkan di belakang pintu dapur sebelum melibas senjata itu ke arah belakang badan mangsa.

 ??  ?? MUHAMAD Hafizuddin dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana melibas parang pada badan bapanya.
MUHAMAD Hafizuddin dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana melibas parang pada badan bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia