Harian Metro

‘Kami tiada kuasa’

- Baharom Bakar cnews@nstp.com.my

„ Hanya MAIDAM punyai hak tarik balik larangan ceramah Dr Maza

Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menarik balik larangan ceramah dikeluarka­n ke atas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), dua tahun lalu.

Malah, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, larangan itu dikeluarka­n selaras Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Tauliah (Terengganu) 2013.

Beliau berkata, penarikan balik sekatan ke atas Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza hanya boleh diputuskan MAIDAM selepas bermesyuar­at dan mendapat pelbagai pandangan daripada beberapa agensi termasuk Jabatan Mufti Negeri serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

“Kerajaan negeri tiada kuasa atau hak untuk menarik balik larangan ini. Saya berpendapa­t, biar urusan ini diputuskan MAIDAM kerana banyak lagi proses perlu dilakukan.

“Terutama ia perlu mendapat perkenan Istana Negeri,” katanya selepas mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan Muzakarah Perundanga­n Islam anjuran Jabatan Mufti Negeri Terengganu di sini, semalam.

Hadir sama, Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda dan Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda selain Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Kebangsaan Musa Awang.

Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berkata demikian mengulas kemungkina­n kerajaan negeri

menarik balik larangan ceramah dikeluarka­n ke atas Dr Maza pada 5 Julai 2016.

Larangan mengadakan ceramah di seluruh negeri itu ditandatan­gani bekas Pesuruhjay­a Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Omar Musa selaras Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Tauliah (Terengganu) 2013. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) belum membuat sebarang ketetapan berhubung penguranga­n jumlah pekerja asing yang bekerja di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, peratusan pekerja asing yang dibenarkan bekerja di Malaysia kekal 15 peratus secara perbanding­an dengan populasi keseluruha­n rakyat negara ini.

Beliau berkata, keputusan sama ada akan mengurangk­an kuota itu atau sebaliknya adalah bergantung kepada kajian dilakukan Jawatankua­sa Bebas Pengurusan Pekerja Asing.

“Jawatankua­sa yang sudah ditubuhkan itu sedang mengkaji semua aspek berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Keputusan yang dibuat perlu mengambil kira kepentinga­n dan hak semua pihak pihak dan industri yang mengaji pekerja asing,” katanya semalam.

Terdahulu, beliau merasmikan Sesi

Jawatankua­sa Bebas Pengurusan Pekerja

Asing Malaysia yang diadakan Institut

Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri.

Hadir sama, Ahli

Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut, Dr Ting Tiong Choon, Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia, Datuk Amir Omar dan Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Wan Zulkfli Wan Setapa.

Mahfuz berkata, dalam tempoh 10 tahun, dari 2008 hingga 31 Ogos 2018, jumlah pekerja asing di negara ini berkurang 312,242 orang.

Beliau berkata, hingga kini terdapat 1,750,354 juta pekerja asing sah bekerja di negara ini atau 11.7 peratus daripada keseluruha­n populasi rakyat Malaysia yang bekerja iaitu 14,882.4 juta orang.

Mengenai isu penganggur­an, katanya

3.4 peratus atau 502,000 penganggur termasuk graduan lepasan universiti terdapat di Malaysia.

Hall

Town

 ??  ??
 ??  ?? DR Mohd Asri MOHD Nor ditemui selepas merasmikan Muzakarah Perundanga­n Islam, semalam.
DR Mohd Asri MOHD Nor ditemui selepas merasmikan Muzakarah Perundanga­n Islam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia