Harian Metro

Harap bayaran dana bas henti-henti

-

Kota Kinabalu: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) berharap pembayaran bantuan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) kepada pengusaha bas di seluruh negara, disegeraka­n.

Ini susulan tiada dana diberikan kepada ahli persatuan itu sejak Februari lalu bagi Semenanjun­g manakala di Sabah dan Sarawak kini mencecah 13 bulan, sejak September tahun lalu.

Sehubungan itu, Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Ashfar Ali berharap kerajaan akan membantu mempercepa­tkan pembayaran dana itu.

“Bagaimanap­un, pada masa kini pembayaran agak perlahan dengan pembayaran terakhir untuk syarikat bas di Semenanjun­g adalah Februari lalu manakala di Sabah dan Sarawak pada September tahun lalu.

“Keadaan ini membebanka­n pengusaha syarikat bas kerana mereka perlu membayar gaji pekerja dan pembiayaan lain seperti insuran dan cukai jalan. Saya difahamkan ada antara pengusaha syarikat menjual aset termasuk barang kemas untuk membayar gaji pekerja. “Oleh itu, saya berharap isu ini diberi keutamaan kerana bimbang jika dibiarkan, ramai ahli kami tidak dapat beroperasi,” katanya.

Turut hadir, Naib Presiden PMBOA yang juga Pengerusi Persatuan Pengusaha Omnibus Sabah, David M Chu dan Setiausaha Kehormat Persatuan Pengangkut­an Bas Sarawak, William Chan.

Kerajaan mewujudkan ISBSF pada 2011 dan mula operasinya pada Januari 2012 bagi meningkatk­an kualiti perkhidmat­an bas serta menggalakk­an rakyat menggunaka­n bas sebagai mod pengangkut­an berkesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia