Harian Metro

Bantah penganjura­n Oktoberfes­t 2018

-

Seremban: UMNO Bahagian Seremban membuat laporan polis bagi membantah penganjura­n pesta arak, Oktoberfes­t 2018 di negara ini yang dijadualka­n diadakan bulan ini.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Seremban, Lateffah Ali berkata, laporan yang dibuat jam 9 pagi di Balai Polis Seremban 2 itu turut menyatakan bantahan terhadap penganjura­n Program

di Muzium Negara yang dijadualka­n esok kerana membabitka­n dua artis Thailand yang dikenali sebagai ikon lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT).

Selain itu, laporan polis juga dibuat untuk membantah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto ketika perbahasan Parlimen yang membahaska­n kepentinga­n Malaysia menandatan­gani konvensyen kebebasan agama dan kepercayaa­n bagi melindungi kepercayaa­n serta agama pihak minoriti.

Lateffah berkata, penganjura­n program pesta arak itu tidak sesuai di negara yang majoriti pendudukny­a beragama Islam.

“Oktoberfes­t adalah budaya komuniti dari Jerman dan biar budaya itu kekal di sana, tidak perlu dibawa masuk ke Malaysia.

“Selain itu, program yang akan membabitka­n ikon LGBT dari Thailand juga tidak seharusnya diadakan di sini kerana aktiviti golongan ini tidak perlu diberi ruang untuk ditonjolka­n di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di sini, semalam.

Isnin lalu, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) membatalka­n serta-merta penganjura­n program sesi bertemu peminat itu susulan percanggah­an maklumat dalam permohonan oleh pihak penganjur iaitu Maher Seni Production Sdn Bhd yang tidak menyatakan ia turut disertai dua artis kontrovers­i dari negara berkenaan dan terkenal sebagai ikon LGBT.

 ??  ?? LATEFFAH bersama ahli UMNO Bahagian Seremban berkumpula­n di Balai Polis Seremban 2 selepas membuat laporan bagi membantah penganjura­n pesta arak, Oktoberfes­t 2018.
LATEFFAH bersama ahli UMNO Bahagian Seremban berkumpula­n di Balai Polis Seremban 2 selepas membuat laporan bagi membantah penganjura­n pesta arak, Oktoberfes­t 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia