Harian Metro

Ibu bapa tersadai di Korea

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@nstp.com.my

„ Lelaki buat tempahan hotel melalui laman web popular dakwa ditipu RM5,000

Niatnya mahu menggembir­akan hati ibu bapa dengan memberikan pakej percutian ke Korea Selatan namun lain pula jadinya apabila seorang lelaki ditipu selepas hotel yang ditempah sebenarnya tidak wujud sekali gus menyebabka­nnya kerugian hampir RM5,000.

Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Xavier, 26, mendakwa menempah hotel itu menerusi laman web tempahan dalam talian yang popular di negara ini namun tidak menyangka ada individu tidak bertanggun­gjawab mengambil kesempatan menipu pihak lain.

Menurutnya, dia membuat tempahan hotel menerusi laman web itu pada awal Ogos lalu untuk empat orang membabitka­n ibu, bapa dan dua saudaranya untuk bercuti di Korea Selatan bulan ini.

“Sebelum ini berpuluh-puluh kali saya menggunaka­n laman web itu untuk membuat tempahan hotel termasuk bercuti di dalam negara kerana mudah dan menjimatka­n. Pemilik hotel memberikan tawaran potongan harga.

“Pada peringkat awal membuat tempahan hotel, tiada masalah namun seminggu selepas itu ada individu menghubung­i saya menggunaka­n nombor telefon Korea Selatan supaya membuat pembayaran terlebih dahulu berjumlah RM5,000,” katanya yang berasal dari Keningau, Sabah.

Xavier yang bekerja sebagai pegawai pembanguna­n masyarakat berkata, dia yang tidak mengesyaki individu itu berniat tidak baik membuat pembayaran 14 Ogos lalu sebelum diberikan butiran tempahan hotel menerusi e-mel.

“Ibu bapa saya masing-masing berusia 49 dan 50 tahun gembira dan terharu kerana akhirnya berpeluang menjejakka­n kaki ke Korea Selatan kerana itu antara impian mereka sebelum ini.

“Namun lain pula jadinya apabila mereka tiba di Korea Selatan, 11 Oktober lalu apabila mendapati hotel yang saya tempah sebenarnya tidak wujud menyebabka­n mereka terpaksa tunggu di lapangan terbang lima jam.

“Mujur di lapangan terbang itu ada sambungan Wifi lalu ibu terus menghubung­i saya bagi memaklumka­n perkara terbabit menyebabka­n saya panik dan bimbang jika berlaku perkara tidak diingini kepada mereka.

“Saya cuba hubungi nombor telefon yang diberikan individu itu namun gagal selain semakan di laman carian mendapati hotel itu sebenarnya tidak wujud,” katanya.

Menurutnya, berikutan masalah itu, ibu bapanya terpaksa mengeluark­an perbelanja­an RM5,000 untuk penginapan sembilan hari lapan malam di hotel lain.

“Saya ada buat aduan di laman web tempahan dalam talian itu namun hingga kini mereka tidak memberikan maklum balas mengenai perkara terbabit.

“Pada masa sama, saya juga buat laporan di Balai Polis Keningau, Sabah dan berharap tiada lagi individu lain ditipu seterusnya memusnahka­n impian mereka untuk bercuti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PAPARAN perhubunga­n Xavier dengan individu berkaitan tempahan dan pembayaran hotel.
PAPARAN perhubunga­n Xavier dengan individu berkaitan tempahan dan pembayaran hotel.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia