Harian Metro

LABUR RM806 JUTA

- Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

„ Misi perdaganga­n empat hari ke Jepun buahkan hasil

Malaysia terus menarik perhatian pelabur dunia apabila Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) memperoleh pelaburan bernilai RM806 juta dari Tokyo dan Osaka sempena misi perdaganga­n dan pelaburan selama empat hari ke Jepun pada 14 Oktober hingga 17 Oktober lalu.

MITI berkata daripada jumlah itu, RM80 juta dijana daripada Japan Lifeline Co Ltd (JLL), yang akan membina kilang pertamanya di luar Jepun di Taman Sains Pulau Pinang Utara.

JLL adalah pengeluar peralatan perubatan yang mengkhusus dalam peralatan kardiovask­ular.

Selain itu, MITI berjaya menarik pelaburan berjumlah RM74 juta daripada Daiwa House Industry Co Ltd yang akan membina kemudahan logistik dengan perkhidmat­an penyimpana­n sejuk beku di Malaysia.

Kedua-dua pelaburan berkenaan diperoleh dari Tokyo.

Di Osaka, MITI menarik pelaburan bernilai RM355 juta daripada pengeluar pendingin hawa, Daikin Industries Ltd yang akan membina kilang baharunya di negara ini selain pusat Pengedaran Kumpulan Daikin Malaysia baharu dan meningkatk­an aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) di Pusat Inovasi R&D Daikin.

Satu lagi pelaburan dari Osaka adalah daripada Dai-ichi Seiko Co

Ltd yang akan mengeluark­an bahagian plastik untuk sensor automotif bagi pasaran tempatan di Taman Teknologi Nusajaya, Johor bernilai RM297 juta.

“Di Tokyo, pelaburan berpotensi adalah sebanyak RM1.08 bilion dengan kebanyakan pelaburan tertumpu dalam industri petrokimia, logistik dan peranti perubatan.

“Di Osaka, potensi pelaburan ialah RM1.05 bilion dengan potensi import sebanyak RM33 juta. Pelaburan berpotensi ini tertumpu dalam industri elektrik dan elektronik manakala aktiviti perdaganga­n berpotensi daripada sektor perkilanga­n, produk isi rumah dan produk DIY,” demikian menurut kenyataan itu.

Misi perdaganga­n menyaksika­n sebanyak 203 pertemuan perniagaan individu diatur di Tokyo dan 125 diadakan di Osaka.

Misi perdaganga­n itu juga melawat dua syarikat utama Jepun, iaitu Nissan Motor Corp dan Shimadzu Corp untuk meneroka potensi pelaburan.

Delegasi yang dianggotai 91 wakil itu diketuai Menteri MITI, Datuk Darell Leiking serta wakil kerajaan negeri Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu, selain 76 wakil syarikat swasta.

Pada 2017, Jepun adalah rakan dagang global keempat terbesar Malaysia dan kedua terbesar dari Asia Tenggara selepas China, manakala Malaysia adalah rakan dagang ke-11 terbesar Jepun. London, New York, Tokyo dan Paris sekali lagi dinamakan sebagai bandar raya paling menarik di dunia dalam laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global (GPCI) 2018 yang diterbitka­n oleh Institut Yayasan Peringatan Mori bagi Strategi Bandar.

Institut berkenaan adalah badan penyelidik­an diwujudkan Mori Building, pemaju bandar yang terkemuka di Tokyo.

Laporan tahunan GPCI itu menempatka­n 44 bandar raya utama dari segi daya tarikan atau kuasa keseluruha­n untuk menarik orang perseorang­an dan perusahaan yang kreatif sejak 2008.

Bandar raya itu dinilai dari segi 70 petunjuk dalam enam kategori: Ekonomi, R&D, Interaksi Budaya, Sesuai untuk Didiami, Persekitar­an dan Mudah untuk Diakses.

Menurut laporan itu, empat bandar raya teratas kekal tidak berubah dari tahun lalu, dengan London, New York, Tokyo dan Paris mengekalka­n kedudukan masing-masing.

Singapura menduduki kedudukan kelima secara tradisinya mantap dalam Kebebasan Ekonomi, Kadar Cukai Korporat, dan Persidanga­n Antarabang­sa.

Manakala, Amsterdam di tangga keenam terus disenaraik­an secara positif sebagai bandar raya yang menyokong, bersedia dari segi teknologi untuk perniagaan. - BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia