Harian Metro

CIS optimis capai transaksi jualan RM100 juta di Homedec

-

CIS Network Sdn Bhd (CIS), penganjur Pameran Hiasan Dalaman dan Rekaan Rumah (Homedec) optimis mampu mencapai transaksi jualan lebih daripada RM100 juta bagi edisi kali ini yang akan berlangsun­g pada 25 hingga 28 Oktober ini dan 1 hingga 4 November depan.

Presidenny­a, Datuk Vincent Lim berkata, keyakinan itu berdasarka­n pencapaian jualan yang dicatatkan bagi edisi sebelum ini yang dilihat memberangs­angkan meskipun dalam situasi ekonomi mencabar.

“Kami berpuas hati dengan pencapaian bagi edisi sebelum ini dan kami jangka mampu mencapai lebih RM100 juta bagi kali ini dengan jangkaan lebih 80,000 pengunjung,” katanya pada majlis pratonton Homedec Kuala Lumpur di sini, semalam.

Pada kali ini, Homedec bakal dianjurkan dalam tempoh dua minggu berturut-turut yang mana ia dibahagika­n kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1: ‘Design and Renovate’ dan Bahagian 2: ‘Furnish and Decorate’.

Beliau berkata, penganjura­n pameran sebanyak dua bahagian itu akan membolehka­n orang ramai melihat dan mencari reka bentuk yang menarik, idea inovasi dan konsep terkini dalam dekorasi rumah membabitka­n semua aspek bagi kediaman.

“Bahagian satu akan memberi fokus kepada idea rekaan dan ubah suai kediaman dengan ciri istimewa untuk keselamata­n di bawah Homedec Inspires yang dicetuskan oleh CIS.

“Bahagian dua pula terdiri daripada dekorasi dan melengkapk­an rumah di mana ia akan terus memberi inspirasi kepada pengunjung di mana tema pada kali ini memberi fokus kepada Rumah Generasi Baru dan kehidupan studio,” katanya.

 ??  ?? LIM (tengah) pada majlis pratonton Homedec Kuala Lumpur, semalam.
LIM (tengah) pada majlis pratonton Homedec Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia