Harian Metro

Generasi kedua

- Mohd Zaky Zainuddin cnews@nstp.com.my

„ UMWT perkenal model SUV Rush serba baharu

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memperkena­lkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) serba baharu, Rush untuk pasaran Malaysia.

Model SUV tujuh tempat duduk generasi kedua yang dibangunka­n untuk pasaran ASEAN itu ditawarkan dengan dua varian iaitu iaitu S dan G dengan harga anggaran masing-masing RM98,000 dan RM93,000.

Presiden UMWT, K Ravindran berkata, model yang mendapat penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP dijangka dijual sekitar 3,600 unit tahun depan.

“Tempahan sudah dibuka mulai sekarang dan Toyota Rush serba baharu ini akan berada di bilik pameran bermula Januari ini,” katanya pada pelancaran Toyota Rush di sini, semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama.

Toyota Rush serba baharu adalah model pemasangan tempatan (CKD) yang dihasilkan di kilang Perodua di Rawang, Selangor, manakala kemasan aksesori dilakukan di Hab Kualiti Bersepadu UMWT di Bukit Raja, Selangor.

Model SUV itu mula diperkenal­kan di pasaran Malaysia sejak 2008 dan hingga kini 18,000 unit berada di atas jalan raya negara ini.

Dikuasakan enjin 1.5L DOHC 16 injap terbaru, SUV urban itu menawarkan kuasa maksimum 105 PS pada 6,000 rpm dan daya kilas 136 Nm pada 4,200 rpm.

Menggunaka­n transmisi automatik empat kelajuan, Rush turut dilengkapi sistem Automatik Berhenti/Mula yang membolehka­n kadar penggunaan bahan api lebih baik selain diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) selaras Dasar Automotif Nasional (NAP).

Masih mengekalka­n sistem pacuan roda belakang, ia memberi kelebihan mengharung­i pelbagai permukaan jalan, cengkaman lebih mantap ketika mendaki dan membawa bebanan.

Pendekatan rekaan Rugged-Active Lifestyle menggabung­kan keselesaan.

Model serba baharu ini turut memperkena­lkan pendekatan 360-T yang direka untuk melindungi dan memberi kelebihan kepada pemandu serta penumpang ketika di jalan raya.

Konsep 360-T terdiri daripada tiga elemen iaitu Safe-T Plus yang hadir dengan ciri dan sistem keselamata­n terkini sebagai standard, Connectivi-T menawarkan teknologi terbaru untuk perhubunga­n, hiburan dan keselamata­n serta Guaran-T untuk kelegaan fikiran sepanjang tempoh pemilikan.

Dengan imej R-BLADE yang merujuk kepada model dan unsur logam lebih tajam, rekaan Toyota Rush serba baharu ini menjadi cerminan kepada model keluaran Toyota pada masa depan.

Ruang dalaman tampak eksklusif dengan sistem audio DVD-AVX skrin sentuh 6.8 inci dengan keserasian sambungan kepada telefon pintar membolehka­n aplikasi seperti Google Maps dan Waze dipaparkan pada skrin.

Ciri lain termasuk 13 ruang untuk cawan, Multi-Info Display, Panoramic View Monitor (PVM) 360 darjah, Perakam Video Digital (DVR) dan Toyota AutoTag untuk pembayaran elektronik di plaza tol.

Selain itu, sistem Smart Entry, Blind Spot Monitor (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Pre-Collision System (PCS) untuk varian Rush 1.5S.

Toyota Rush serba baharu ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu putih, perak, kelabu, biru dan hijau.

 ??  ?? RAVINDRAN (kanan) bersama Akio pada pelancaran Toyota Rush, semalam.
RAVINDRAN (kanan) bersama Akio pada pelancaran Toyota Rush, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia