Harian Metro

PENGGAL KEPALA KEKASIH

- Agensi

„ Lelaki bunuh doktor berang lamaran ditolak

Seorang lelaki yang berang selepas lamarannya ditolak, bertindak memenggal kepala teman wanitanya itu, seorang doktor, sebelum cuba membunuh diri.

Mail online melaporkan, lelaki itu, Shyngys Bekenov, 26, seorang guru, melamar teman wanitanya, Nazerke Bekzhanova, 21, yang baru menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di hospital di Kazakhstan.

Bagaimanap­un, Nazerke menolak lamaran berkenaan kerana ibu bapanya tidak merestui hubunganny­a dengan Bekenov.

Berang dengan keputusan itu, Bekenov memenggal kepala kekasihnya itu ketika mereka berada dalam kereta.

Bekenov kemudian menulis satu nota bunuh diri yang mahu mayatnya ditanam bersama kekasihnya sebelum dia menikam perutnya beberapa Beijing: Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di China mengancam untuk terjun dari tingkat tujuh sekolah berkenaan kerana kecewa guru enggan memulangka­n telefon bimbit miliknya yang dirampas.

South China Morning Post melaporkan, seorang guru merampas telefon pelajar lelaki itu pada Jumaat lalu selepas dia dilihat bermain permainan video ketika waktu rehat.

Berdasarka­n gambar suratnya kepada guru terbabit yang disiarkan di Weibo, pelajar itu menulis: “Saya tahu itu salah saya, namun kali.

Mayat wanita itu yang tanpa kepala ditemui orang ramai dalam kenderaan berkenaan di sebuah empangan di pinggir kampung Tasboget, berhampira­n bandar Kyzylorda.

Bagaimanap­un, Bekenov ditemui masih bernyawa dan segera dibawa ke hospital.

Jurucakap polis memberitah­u,

Bekenov berada dalam keadaan parah tetapi stabil di hospital di mana dia ditahan. Katanya, lelaki itu

berdepan tuduhan membunuh dan berdepan hukuman penjara minimum 15 tahun.

Seorang jiran mangsa memberitah­u akhbar tempatan, keluarga Nazerke tidak merestui hubungan pasangan berkenaan dan tidak bersetuju wanita itu berkahwin dengan Bekenov.

“Kami tidak sangka dia sanggup membunuh Nazerke dengan kejam. Kami semua terkejut dengan tindakan itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NAZERKE Bekzhanova
NAZERKE Bekzhanova
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia