Harian Metro

‘Kalau mahu hidup, diam!’

- Agensi

„ Konsul Besar Arab Saudi di Istanbul diugut kerana bantah Khashoggi dibunuh dalam konsulat

Buat kali pertama media Turki mendakwa mendengar rakaman audio kejadian yang dikatakan penyeksaan dan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi dalam Konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Sebelum ini, Washington Post (majikan Khashoggi) mendakwa pihak berkuasa Turki memiliki rakaman video dan audio kehilangan wartawan itu, termasuk ketika mangsa diseksa dan mayatnya dikerat.

Namun ini kali pertama media Turki mendakwa mendengar rakaman berkenaan.

AFP melaporkan, akhbar harian pro-kerajaan Turki, Yeni Safak, mendakwa mendengar rakaman audio kejadian itu, termasuk Khashoggi diseksa ketika soal siasat dengan memotong jarinya.

Menurut akhbar itu, Khashoggi, kolumnis Washington Post, kemudian dipenggal.

Wartawan itu hilang selepas memasuki konsulat berkenaan pada 2 Oktober lalu untuk mendapatka­n dokumen perkahwina­n dengan tunangnya, warga Turki.

Menurut Yeni Safak, konsul Arab Saudi ke Istanbul, Mohammed al-Otaibi, dalam satu pita ketika Khashoggi diseksa berkata: “Lakukan ini di luar. Anda menyebabka­n saya mendapat masalah.”

Akhbar harian itu melaporkan, dalam pita lain, seorang individu tidak dikenali memberitah­u Otaibi: “Jika mahu hidup bila pulang ke Arab Saudi, sila diam!”

Yeni Safak tidak menyatakan sumber rakaman itu atau bagaimana ia dirakam.

Riyadh dengan tegas menolak dakwaan Khashoggi dibunuh namun sehari sebelum kejadian, sekumpulan 15 orang dari Arab Saudi tiba di Turki, terus ke konsulat mencetuska­n teori mereka adalah pasukan khas yang membunuh dan memotong mayat mangsa.

Sementara itu, menurut akhbar The Times, seorang daripada 15 anggota pasukan yang tiba dari Arab Saudi ialah doktor pakar forensik yang belajar di Britain.

Salah Muhammad al-Tubaigy mengikuti kursus patologi di Universiti Glasgow pada 2004 dan belajar melakukan bedah siasat.

Dia dilihat tiba di Istanbul pada hari Khashoggi hilang.

Dalam rakaman audio selama tujuh minit itu, Salah dilaporkan kedengaran mengetuai kerja memotong tubuh Khashoggi.

Dia yang dikenal pasti melalui suaranya, didengar memberitah­u orang lain supaya memakai fon kepala ketika bersiap memotong tubuh mangsa di atas meja.

Rakaman itu menunjukka­n Khashoggi diseret dari pejabat Konsul Besar ke sebuah bilik, disuntik dadah agar tidak sedarkan diri sebelum tubuhnya dipotong.

Salah memperkena­lkan dirinya di akaun Twitter sebagai Ketua Majlis Sains dan Forensik Arab Saudi.

Menurut The Times, sembilan daripada 15 orang itu bertugas dalam pasukan keselamata­n Arab Saudi, sama ada tentera atau agensi lain.

 ??  ?? SALAH Muhammad al-Tubaigy
SALAH Muhammad al-Tubaigy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia