Harian Metro

Biskut abu mayat datuk

- Agensi

Seorang remaja perempuan di California didakwa membuat biskut yang dicampur dengan abu mayat datuknya sebelum memberi makanan itu kepada rakan di sekolahnya.

Akhbar Los Angeles Times yang memetik kenyataan polis di Davis, berhampira­n Sacramento memberitah­u, pelajar itu memberi biskut berkenaan kepada sekurang-kurangnya sembilan rakan lain.

Jurucakap polis, Paul Doroshov berkata, beberapa pelajar makan biskut itu tanpa menyedari bahan tambahan terbabit dan merasa terkejut selepas diberitahu

„ Pelajar buat snek ‘istimewa’ sebelum beri rakan makan

remaja berkenaan.

Manakala pelajar lain di Akademi Da Vinci Charter itu sedar bahan tambahan dicampur, namun tetap makan biskut itu.

Seorang pelajar, Andy Knox memberitah­u stesen televisyen tempatan KCRA, dia dalam perjalanan ke kelas apabila seorang pelajar muda tidak dikenali menawarkan biskut yang kononnya mengandung­i ‘bahan istimewa’.

“Saya sangka dia memasukkan dadah atau sesuatu. Saya tanya adakah ia biskut ganja atau apa?

“Pelajar perempuan itu dengan selamba membalas tidak dan berkata, ia abu mayat datuknya sebelum ketawa. Saya amat terkejut,” kata pelajar lelaki itu.

Polis sedang menyiasat insiden 4 Oktober lalu, namun tidak membuat sebarang tangkapan atau bertindak terhadap pelajar terbabit.

Sekolah itu dalam satu kenyataan memberitah­u, pelajarnya selamat dan tiada risiko kesihatan terhadap sesiapa yang memakan biskut berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia