Harian Metro

Singkir? Zuckerberg tetap berkuasa

-

New York: Pengasas Facebook, Mark

Zuckerberg mungkin sukar disingkirk­an daripada jawatan pengerusi syarikat itu kerana dia memiliki majoriti undi tertinggi berbanding pemegang saham utama syarikat media sosial gergasi berkenaan.

New York Times melaporkan, Zuckerberg memiliki 17 peratus daripada ekuiti dalam Facebook tetapi dia memiliki saham berganda yang memberinya majoriti undian berbanding pemegang saham lain.

Facebook pada

April lalu memberitah­u, Zuckerberg mempunyai kira-kira 60 peratus hak mengundi.

Keadaan itu menyebabka­n sukar menentang Zuckerberg dalam mesyuarat pemegang saham.

Kelmarin, empat dana awam utama Amerika Syarikat yang memegang saham dalam Facebook Inc, mencadangk­an pemecatan Zuckerberg sebagai pengerusi susulan beberapa skandal berprofil tinggi.

Bendahari negeri dari Illinois, Rhode Island dan Pennsylvan­ia, dan pegawai kewangan New York

City, Scott Stringer, memfailkan cadangan itu bersama-sama.

Cadangan untuk mesyuarat pemegang saham tahunan pada Mei 2019 itu meminta ahli lembaga pengarah menubuhkan pengerusi lembaga bebas untuk meningkatk­an pengawasan, amalan biasa di syarikat.

Cadangan yang sama pernah dilakukan pada

2017 tetapi gagal kerana Zuckerberg memiliki undi majoriti. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia