Harian Metro

SASAR LEBUR REKOD PERIBADI

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

„

Pelumba basikal negara, Shah Firdaus Sahrom meletakkan sasaran kelompok 24 terbaik dan memecahkan rekod peribadi 9.86 saat acara pecut 200 meter individu lelaki pada kejohanan Piala Dunia Trek di Velodrom Nasional de Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis bermula hari ini.

Shah Firdaus berkata, dia tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi kerana sedar belum berada pada tahap terbaik kerana baru kembali menjalani latihan di bawah ketua jurulatih John Beasley selepas menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) dan bercuti tiga minggu.

“Saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri, namun yang penting saya akan pastikan tidak tersingkir terlalu awal di peringkat saringan dan layak ke pusingan kelompok 24 pelumba terbaik.

“Jika nak layak ke pusingan itu, saya mesti melakukan catatan kurang dari 10s dan mengatasi rekod peribadi 9.86s yang dibuat di Piala Dunia Trek di China, Ogos lalu.

“Malah, John juga meletakkan sasaran supaya kami terus meningkatk­an pretasi dan kekuatan sebelum ‘peak’ di Kejohanan Trek Asia 2019 di Uzbekistan (Januari) dan Kejohanan

Trek Dunia 2019 di Poland (Februari),” katanya yang tidak akan beraksi acara keirin kali ini.

Sehubungan itu,

Shah Firdaus berkata, fokus utama mereka adalah untuk melihat sejauh mana kekuatan dan kelemahan kombinasin­ya bersama Azizulhasn­i Awang dan Mohd Fadhil Zonis.

Sebelum ini mereka mencipta kejutan apabila memecahkan rekod Sukan Asia dengan catatan 43.934s un- tuk menang pingat perak Sukan Asia Jakarta Palembang 2018.

Malah, trio kebangsaan terbabit mempamerka­n aksi cemerlang dengan mencatatka­n masa kurang dari 10s di China, akhir bulan lalu.

Dalam aksi berkenaan Azizulhasn­i meraih emas selepas mencatatka­n 9.8s, manakala Shah Firdaus perak (9.867s). Mohd Fadhil pula melakukan 9.9s buat kali pertama.

 ??  ?? SITI Fatima
AZIZULHASN­I
SITI Fatima AZIZULHASN­I
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia