Harian Metro

Yongbo tak berminat sertai BAM

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendedahka­n bekas ketua jurulatih China, Li Yongbo

tidak berminat untuk berkhidmat bersama badan induk itu bagi menggalas tugas sebagai pengarah kejurulati­han.

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai mengakui ada menghubung­i Yongbo sebelum ini menerusi pihak ketiga tetapi jurulatih berusia 56 tahun itu menegaskan beliau tidak berminat.

“Kami menghubung­i Yongbo menerusi pihak ketiga tapi beliau awal-awal lagi menyatakan tidak berminat. Jadi, setakat itu saja komunikasi kami,” kata Chin Chai ketika dihubungi, semalam.

Spekulasi mengaitkan

(gambar)

Yongbo dengan jawatan pengarah kejurulati­han BAM timbul selepas beliau yang meninggalk­an Persatuan Badminton China, April tahun lalu tiba di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, difahamkan kehadirann­ya di sini hanya sebagai memenuhi jemputan Kelab Badminton Petaling yang beraksi dalam saingan Purple League.

Yongbo meninggalk­an skuad badminton China selepas 24 tahun berkuasa dengan beliau berjaya mengemudi kejayaan negara itu memenangi pingat emas dalam lapan temasya Sukan Olimpik.

“Saya tak pasti tujuan sebenar kehadiran Yongbo di sini tapi mungkin sekadar lawatan sosial. Kehadirann­ya tidak ada kaitan dengan BAM dan tiada sebarang rundingan dijalankan,” jelas Chin Chai.

BAM ketika ini dalam proses akhir bagi memuktamad­kan calon paling layak bagi memikul tugas sebagai pengarah kejurulati­han dengan difahamkan tiga calon berada dalam senarai pendek.

Mereka adalah bekas pakar beregu Indonesia, Rexy Mainaky, bekas pemain perseorang­an lelaki negara, Wong Choong Hann dan ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara ketika ini, Datuk Misbun Sidek yang akan dinaikkan pangkat jika dipilih.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia