Harian Metro

Letih punca aksi buruk

-

Los Angeles: Tiger Woods

menjadikan keletihan dan kurang persediaan fizikal selepas pulih daripada kecederaan sebagai alasan kepada persembaha­n buruknya di Piala Ryder.

Woods tewas kesemua empat perlawanan­nya di Paris bulan lalu yang menyumbang kepada kekalahan 17.5-10.5 Amerika Syarikat (AS) kepada Eropah.

Juara major 14 kali itu kembali meletakkan diri dalam kelompok pemain terbaik AS selepas mengharung­i musim meyakinkan dalam kepulangan­nya, termasuk kemenangan di Kejuaraan Jelajah di Atlanta pada 23 September.

Bagaimanap­un, pemain berusia 42 tahun itu percaya tuntutan fizikal pada musim penuh pertamanya sejak kembali menyertai Jelajah PGA selepas rehat hampir

(gambar)

dua tahun, akhirnya memberi kesan.

“Ia adalah kesan terkumpul sepanjang musim,” kata Woods menjelang kejohanan Jemputan Tiger Woods di California, kejohanan amatur amal untuk yayasan kebajikann­ya.

“Saya letih kerana saya tidak berlatih untuknya. Saya tidak berlatih sepanjang kepulangan ini untuk bermain sebanyak ini, ditambah lagi dengan cuaca panas dan keletihan akibat susut berat badan.”

Woods mengakui persembaha­n buruknya di lapangan Le Golf National, Paris adalah punca utama kekalahan AS.

Woods sering bergelut dalam mempamerka­n prestasi sebenarnya di Piala Ryder, di mana dia hanya merekod 13 kemenangan berbanding 21 kekalahan dan tiga seri sepanjang kariernya. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia