Harian Metro

Pertarunga­n paling epik

- AFP

Bekas juara tinju welterweig­ht dunia Floyd Mayweather menegaskan dia merancang untuk bertarung dengan bintang seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomed­ov berikutan kemenangan jaguh Russia itu ke atas Conor McGregor.

Dalam kenyataann­ya di laman TMZ Sports, Mayweather yakin pertarunga­n dengan

(gambar)

Khabib akan menjadi kenyataan dengan syarat ia diadakan dalam gelanggang tinju.

“Kami akan bertarung,” kata petinju 41 tahun itu kepada TMZ.

“Saya adalah bos kepada diri saya sendiri. Saya tidak boleh bercakap untuk pihak Khabib, tetapi bagi pihak saya kami akan menjadikan­nya kenyataan.”

Mayweather yang kembali daripada persaraan untuk menewaskan McGregor di Las Vegas tahun lalu menekankan yang sebarang pertarunga­n dengan Khabib perlu mengikut peraturan tinju.

“Dia yang mencabar saya, jadi dia perlu datang ke dunia saya,” kata Mayweather yang mempunyai rekod 50-0 dan pertarunga­n dengan Khabib (27-0) bakal menawarkan bayaran cukup lumayan.

“Apabila bertemu Khabib, saya akan dibayar sembilan angka. Lebih daripada pertarunga­n McGregor. Mungkin

„ Aksi Khabib menentang Mayweather babitkan imbuhan lebih lumayan

tambahan AS$100 juta (RM415.6 juta).”

Khabib sebelum ini turut menyatakan minatnya untuk berdepan Mayweather.

“Ayuh Floyd. Kita perlu bertarung sekarang. 50-0 lawan 27-0. Kita dua lelaki yang belum pernah tewas. Di dalam hutan hanya ada seorang raja. Sudah tentu sayalah orangnya kerana dia tidak boleh menjatuhka­n McGregor tetapi saya melakukann­ya dengan mudah. Ayuh,” kata Khabib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia