Harian Metro

Hamilton hampiri rekod Schumacher

-

New York: Lewis Hamilton

kini semakin menghampir­i rekod sepanjang zaman Michael Schumacher jika dia muncul juara keseluruha­n Formula Satu (F1) kali kelima di Austin hujung minggu ini, namun pelumba Britain

(gambar)

berkata, itu bukanlah misi utamanya.

Pelumba Mercedes itu mampu menjadi sehebat Schumacher yang muncul juara tujuh kali jika meraih lapan mata mengatasi saingan terdekat dari Ferrari, Sebastian Vettel di Austin, Ahad ini.

Bagaimanap­un

Hamilton berkata, dia sedar mengenai cita-citanya pada 2015 selepas berjaya menyamai rekod idolanya sejak zaman kanak-kanak Ayrton Senna, pelumba Brazil

yang muncul juara dunia tiga kali dan meninggal dunia pada 1994, namun mengejar rekod tidak pernah disasarkan­nya.

"Secara jujur itu bukanlah matlamat saya. Saya hanya mahu mengatasi Ayrton Senna atau setanding dengannya yang menjadi idola saya dan saya menyamakan­nya dua tahun lalu,” kata Hamilton.

"Statistik Michael luar biasa dan masih agak jauh, tetapi saya di sini untuk beberapa waktu lagi, jadi saya akan terus bekerja keras dan berusaha dan menikmati perlumbaan.”

Hamilton kini mengumpul 67 mata di hadapan Vettel dengan baki 3 lagi perlumbaan dan 75 mata maksimum boleh dikutip selepas pelumbaan di Texas dan situasi itu menyukarka­n peluang pelumba lain memintasny­a.

Hamilton menegaskan beliau tidak akan mengubah strategi menjelang perlumbaan hujung minggu ini.

"Semua pendekatan yang saya gunakan sehingga sekarang amat berkesan," kata Hamilton.

"Jadi secara asasnya kami mahu menang dalam perlumbaan hujung minggu ini. Jadi kami akan menggunaka­n kaedah dan pendekatan sama untuk memenangi perlumbaan hujung minggu ini dan sekarang saya berasa lebih tenang dan tahu apa yang patut dilakukan," katanya. - Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia