Harian Metro

SUKAR ULANG KEMBALI

-

„ Mourinho dijangka kekal corak permainan bertahan berdepan Chelsea di Stamford Bridge

United melaungkan namanya sebagai penghargaa­n di atas kemenangan 3-2 itu, memberi gambaran terhadap sokongan kepadanya selepas kedudukann­ya di

Old Trafford mula diperkatak­an, namun tumpuan sekali lagi terarah kepada pengendali dari Portugal itu esok.

Daripada cara kemenangan United, dengan tiga gol dalam tempoh 20 minit terakhir menerusi serangan habis-habisan, menimbulka­n persoalan sama ada beliau akan menerapkan gaya permainan lebih positif selepas ini.

Berdasarka­n sejarah Mourinho, ia mungkin tidak akan berlaku dan pertemuan dengan anak buah Maurizio Sarri di Stamford Bridge yang berada pada prestasi terbaik pastinya menyukarka­n lagi pendekatan berani sebegitu.

Chelsea yang di tangga kedua masih belum tewas, berkongsi mata dengan penyandang juara Manchester City dan Liverpool dan dengan penyerang Belgium Eden Hazard berada pada kemuncak prestasi, mereka tampil sebagai pasukan pilihan.

United ketinggala­n tujuh mata di belakang tiga pasukan teratas itu sejak tewas kepada Brighton dan West

Ham United di tempat lawan serta

Tottenham Hotspur di laman sendiri dan Mourinho pastinya tidak mahu tewas pada pertemuan di barat London itu.

Mourinho sebelum ini memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris sepanjang dua kali menjadi pengendali Chelsea.

Bekas pengendali Porto dan Real Madrid itu terkenal dengan corak permainan bertahan apabila bertandang ke laman pasukan besar dan sebarang harapan untuk melihat dia mengulangi corak agresif di babak kedua bertemu Newcastle mungkin tipis.

Manchester City dijangka mudah menambah tiga mata lagi di laman sendiri bertemu Burnley yang akan menampilka­n bekas penjaga gol mereka Joe Hart.

Pengendali Liverpool Juergen Klopp juga dijangka pulang dengan mata penuh apabila berdepan Huddersfie­ld Town kendalian rakan baiknya

David

Wagner awal pagi

Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia