Harian Metro

Mane terlepas aksi berdepan Huddersfie­ld

-

London: Penyerang Liverpool Sadio Mane menjalani pembedahan tangan selepas mendapat kecederaan ketika tugasan antarabang­sa bersama Senegal, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu kelmarin.

Mane terlepas aksi kemenangan 1-0 Senegal ke atas Sudan dalam pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika Selasa lalu dan menyertai senarai pemain Liverpool yang mengalami kecederaan menjelang kunjungan mereka ke Huddersfie­ld Town Sabtu ini.

“Kelab Bolasepak Liverpool mengesahka­n Mane menjalani prosedur pembedahan hari ini (semalam) bagi merawat kecederaan tangan yang dialami ketika bersama pasukan kebangsaan Senegal,” menurut kenyataan kelab itu.

“Pembedahan berkenaan dipantau oleh pasukan perubatan kelab dan ia selamat dijalankan. Pemulihan Mane akan dipantau sepanjang beberapa hari ini.”

Pemain tengah Liverpool, Naby Keita terpaksa dikeluarka­n akibat kekejangan otot ketika Guinea seri 1-1 menentang Rwanda pada Selasa, manakala penyerang Mohamed Salah pula mengalami kecederaan ketika Mesir menewaskan eSwatini (Swaziland) 4-1 di Kaherah, Jumaat lalu. Pemain pertahanan Virgil van

Dijk pula diketepika­n daripada skuad Belanda yang seri 1-1 dengan Belgium dalam perlawanan persahabat­an kerana masih merasai kesan daripada kecederaan rusuk ketika kelabnya menentang Southampto­n, bulan lalu.

Liverpool yang kini menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris berpeluang melebarkan rekod tanpa kalah mereka musim ini di Huddersfie­ld.

Anak buah Juergen

Klopp bakal melayan kunjungan Red Star Belgrade dalam aksi Liga Juara-Juara minggu depan. – Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia