Harian Metro

Wenger kembali!

Bekas pengurus Arsenal dijangka bertugas semula selepas khidmatnya mendapat permintaan dari seluruh dunia

- Reuters

Bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger dijangka kembali bertugas pada Tahun Baru ini selepas khidmatnya terus mendapat permintaan dari seluruh dunia, menurut akhbar Jerman, Bild.

Wenger yang meninggalk­an Arsenal pada Mei lalu selepas 22 tahun mengendali­kan kelab itu berkata, beliau tidak tahu tugas seterusnya tetapi sedia untuk kembali bertugas.

“Saya yakin akan mula bertugas pada 1 Januari tetapi tak tahu di mana,” katanya.

“Ada persatuan, skuad kebangsaan, mungkin juga di Jepun,” kata bekas pengurus berusia 68 tahun itu yang pernah mengendali­kan kelab Jepun, Nagoya Grampus Eight sebelum menyertai Arsenal.

“Selepas 22 tahun bersama Arsenal, saya memiliki pengalaman luas dalam pelbagai peringkat. Ada permintaan dari seluruh dunia.”

Wenger mengumpul tiga trofi Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal tetapi musim terakhirny­a bersama kelab utara London itu berakhir dengan kekecewaan apabila Gunners mengalami kemerosota­n prestasi dan mengundang kritikan hebat penyokong.

Pada masa sama, beliau tidak lagi mendapat perhatian pada musim perpindaha­n pemain ketika kelab London itu menempuhi 14 musim tanpa sebarang trofi Liga Perdana.

Sementara itu Wenger berkata, Jerman masih memerlukan khidmat perancang Arsenal Mesut Ozil dan bekas juara dunia itu perlu melakukan sesuatu agar Ozil keluar daripada persaraan antarabang­sa.

Ozil enggan lagi beraksi untuk Jerman sebaik sahaja kembali daripada kempen Piala Dunia di Russia.

“Saya percaya Jerman perlukan Ozil. Saya harap (pengurus) Joachim Loew dapat menyakinka­n dia untuk kembali,” kata Wenger.

Saya yakin akan mula bertugas pada 1 Januari tetapi tak tahu di mana

Arsene Wenger

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia