Harian Metro

Peluang tonton aksi bintang dunia

-

Kuala Lumpur: Anda peminat setia minuman Slurpee, peminat tegar bola sepak dan adakah anda minat mengambil gambar? Inilah masanya untuk anda berpeluang bercuti dengan percuma.

Caranya mudah dengan hanya tiga langkah anda akan berpeluang memenangi pakej perjalanan untuk dua orang menyaksika­n perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Cardiff City menentang Mancherste­r United secara langsung di Stadium

Cardiff City pada 22 Disember ini.

Pertanding­an yang diberi nama ‘Cardiff City FC Blueberry Melawat Malaysia’ itu akan berlangsun­g bermula esok sehingga 19 November.

Selain berpeluang menyaksika­n perlawanan secara langsung itu, pemenang akan menerima dua tiket penerbanga­n, penginapan di hotel 4 bintang di Radisson Blue selain elaun akan diberikan.

Caranya mudah, anda hanya perlu memberi dua Slurpee Cardiff City FC Blueberry dalam satu resit (mana-mana saiz), tangkap gambar kreatif Slurpee Cardiff City FC Blueberry berlatar belakang pemandanga­n unik di Malaysia.

Kolajkan gambar anda dan resit pembelian kemudian

muat naik ke Facebook atau Instagram dengan hashtag #Slurpee#CardiffCit­yFCBlueber­ry#7ElevenMY.

Pengurus Pemasaran Am 7 Eleven Malaysia, Ronan Lee berkata, pertanding­an ini adalah penghargaa­n kepada pelanggan setia.

“Pelanggan setia adalah keutamaan kami dan bersesuaia­n dengan tagline kami iaitu ‘Sentiasa ada untuk anda’. Jadi peraduan ini adalah sebagai penghargaa­n atas sokongan sepenuh hati mereka.

“Kami berhasrat untuk terus menawarkan promosi yang menarik dan memperkaya pengalaman membeli-belah pelanggan kami yang setia,” katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Facebook 7ElevenMal­aysia.

 ??  ?? DARI kiri bintang Cardiff Joe Ralls, Sean Morrison dan Alex Smithies ketika mempromosi­kan ‘Cardiff City FC Blueberry Melawat Malaysia’.
DARI kiri bintang Cardiff Joe Ralls, Sean Morrison dan Alex Smithies ketika mempromosi­kan ‘Cardiff City FC Blueberry Melawat Malaysia’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia