Harian Metro

Tiga tongak Sabah hadapi kecederaan

- Ryan Stanley sukanteam@nstp.com.my

Kota Kinabalu: Persiapan Sabah menentang Perak pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Likas, di sini Ahad ini, sedikit terjejas selepas tiga tonggak pasukan itu mengalami kecederaan.

Pengendali­nya, Jelius Ating berkata, pemain itu ialah ketua pasukan, Rawilson Batuil

Azzizan Nordin dan penyerang import dari Puerto Rico, Hector Ramos.

“Rawilson sebelum ini membatalka­n hasrat menyertai skuad kebangsaan kerana cedera, manakala Azzizan yang menyertai kem latihan pasukan negara juga terpaksa digugurkan kerana mengalami nasib sama.

“Begitu juga dengan Ramos, dia kembali ke negara asalnya untuk menyertai pasukan kebangsaan Puerto Rico namun kembali ke sini dengan kecederaan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini, semalam.

Jelius berkata, walaupun masih ada masa buat tiga pemain itu menjalani proses pemulihan, beliau mengakui seorang atau dua daripada mereka mungkin tidak sempat sembuh sepenuhnya sebelum bertemu Perak.

“Memang persiapan kami agak terjejas dengan masalah kecederaan ini, namun kami juga perlu percaya dengan semua pemain yang ada,” katanya.

Sementara itu, Jelius berkata, perlawanan menentang Perak satu misi paling sukar dihadapi Sabah musim ini.

Bagaimanap­un, beliau tetap mahu anak didiknya melakukan yang terbaik kerana baginya, dalam bola sepak apa saja boleh berlaku.

(gambar),

 ??  ?? MOHD Faiz mahu lakar pencapaian peribadi terbaik.
MOHD Faiz mahu lakar pencapaian peribadi terbaik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia