Harian Metro

‘Messi Ganu’ igauan JDT Zuber kongsi ramuan juara buat pemain

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Tingginya hanya 1.56m selain bertubuh kecil, namun itu bukan halangan buat arkitek Terengganu FC (TFC), Mohd Faiz Mohd Nasir untuk menguasai jentera tengah bersama Lee Tuck apabila pasukannya berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, malam esok.

Pemain digelar ‘Messi Ganu’ berusia 26 tahun itu berazam menjadi watak penting dalam aksi mendebarka­n itu untuk merebut tiket ke pentas final.

“Pertemuan kedua nanti lebih menarik kerana masing-masing sudah pasti akan bermain bermati-matian untuk ke final, tetapi kami percaya jurulatih sudah merangka strategi lebih mujarab. Jika diturunkan, saya akan buat yang terbaik untuk mencatat kemenangan walaupun bermain di tempat mereka.

“Selain itu secara peribadi saya mahu merekod pencapaian terbaik kerana sepanjang karier, ini adalah separuh akhir pertama dan berharap mampu mara ke final,” kata pemain berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Musim lalu, Mohd Faiz yang mengidam untuk beraksi bersama skuad kebangsaan adalah seorang pemain paling menonjol dalam skuad Penyu kerana bijak menyelinap masuk dalam kotak penalti lawan, selain mampu menghasilk­an jaringan melalui set-piece.

Ketika aksi suku akhir kedua bertemu FELDA United sebelum ini, pemain itu bertindak cemerlang merencana jentera tengah pasukan sehingga mendapat pujian daripada jurulatih skuad The Fighters, B Sathianath­an.

“Saya akan berusaha mempamerka­n aksi seperti bertemu FELDA dan berharap kesan kecederaan lama akan pulih sepenuhnya Kuala Terengganu: Pemain legenda bola sepak Terengganu, Zuber Ibrahim berkongsi ramuan buat pemain Terengganu FC (TFC) menjelang aksi penting separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin, malam esok.

Bekas penjaga gol skuad Penyu berusia 52 tahun

(gambar)

menjelang perlawanan itu nanti.

“Saya juga menuntut rakan sepasukan mempamerka­n aksi terbaik selain mengharapk­an taktikal yang diterap jurulatih mampu membawa kami ke final piala berprestij itu,” kata Mohd Faiz yang kini berada dalam radar pasukan lain musim depan.

„ Faiz diturunkan untuk kuasai jentera tengah bersama Lee Tuck, malam esok

yang membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada 2001 turut berharap skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim mampu mara ke final dalam misi meraih gelaran kedua dalam sejarah.

“Sebagai pemain yang pernah merasai suasana final sebanyak tujuh kali, saya nasihatkan anak buah Irfan Bakti Abu Salim supaya lebih berdisipli­n ketika bertahan, menyerang dan mengatur gerakan.

“Selain itu, pemain harus buang perasaan takut dan gerun dengan reputasi lawan, sebaliknya perlu fokus 100 peratus di tengah padang serta tenang biarpun diasak pemain lawan.

“Pemain juga harus mempunyai mentaliti dan semangat yang kuat untuk melawan serta perlu ada sikap mahu bangkit dan tidak putus asa hingga minit akhir sekiranya ketinggala­n,” kata Zuber yang juga bekas jurulatih penjaga gol skuad Penyu.

Pada aksi final 2001 menentang Perak, penjaga gol utama skuad yang terkenal dengan julukan Peteh Terengganu Peteh itu melepaskan gol pendahulua­n hasil jaringan Rafdi Rashid.

Namun kebangkita­n pada babak kedua membantu skuad itu muncul juara apabila menang 2-1 menerusi jaringan Rosdi Talib dan Sapian Wahid selepas 80 tahun mencuba bermula sejak Piala Malaya 1921.

Mengulas lanjut, jurulatih penjaga gol skuad Terengganu FC II (TFC II) itu juga berharap strategi jurulatih menjadi, selain pemain patuh dengan perancanga­n jurulatih sebaik mungkin.

“Apabila berada di tengah padang, jurulatih tak ada, cuma boleh bagi arahan dari luar padang saja. Oleh itu, pemain harus faham setiap tunjuk ajar jurulatih ketika sesi latihan kerana hanya pemain yang beraksi,” kata Zuber yang yakin TFC mampu mara sekalipun hanya mempunyai bekalan satu gol.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia