Harian Metro

Oksigen habis, air masuk kerongkong

- Melvin Joni cnews@nstp.com.my

„ Ketua unit skuba kongsi detik cemas selamat mangsa lemas di Air Terjun Jangkar

Nyaris ‘hilang nyawa’ ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di Air Terjun Jangkar, Lundu tiga tahun lalu.

Itu antara pengalaman tidak dapat dilupakan Ketua Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Isnizam Chil, 51.

Dalam kejadian pada 13 April 2015, dua mangsa dilaporkan lemas di lokasi perkelahan popular berkenaan yang terletak sejam dari Bandaraya Kuching.

Isnizam berkata, dia bersama lima rakan setugas dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Batu Lintang diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi SAR.

“Kami sampai jam 11.30 pagi dan meneruskan perjalanan ke air terjun yang mengambil masa selama lebih satu jam lagi dengan mendaki bukit.

“Selepas persediaan dibuat, termasuk menganalis­is risiko berkaitan, saya bersama seorang anggota masuk ke air terjun itu untuk membuat selaman menggunaka­n tabung udara

bersaiz kecil,” katanya. Katanya, selepas mangsa ditemui, berlaku situasi cemas apabila bekalan oksigen dalam tabung udaranya hampir kehabisan yang memerlukan­nya naik ke permukaan air.

“Saya meminta bantuan untuk menarik saya dengan tali yang diikat pada badan, namun kerana bunyi air yang bising bersama pusaran air membuatkan tali tidak dapat ditegakkan atau dirasa oleh anggota di tebing air terjun,” katanya.

Isnizam berkata, beliau kemudian ditolak arus air dan tali pada badannya hampir membelitny­a

“Keadaan cukup mendebarka­n ketika itu. Dengan bekalan oksigen semakin habis, air pula masuk ke kerongkong. Namun, saya masih dapat bertenang dan hanya ingat pada Tuhan.

“Syukur, saya masih dapat berfikir dengan baik. Pengalaman dan latihan dijalani, selain Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dijadikan garis panduan membuatkan saya tidak panik,” katanya.

Bagaimanap­un, selepas melalui detik cemas yang hampir meragut nyawanya itu, Isnizam berkata, beliau kembali menyelam menggunaka­n tabung udara lain untuk mengeluark­an mangsa sehingga operasi selesai jam 5.20 petang.

“Tugas tetap perlu kita laksanakan sebaik-baiknya, ini tanggungja­wab kita pada negara dan bangsa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ISNIZAM ketika melakukan operasi SAR di Tebingan Kuching. ISN I Z AM ke ti ka m e nye l a m m e nye l a m a t ka n mangsa lemas.
ISNIZAM ketika melakukan operasi SAR di Tebingan Kuching. ISN I Z AM ke ti ka m e nye l a m m e nye l a m a t ka n mangsa lemas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia