Harian Metro

40 keluarga setinggan boleh tarik nafas lega

-

Kota Kinabalu: Kira-kira 40 keluarga setinggan di Kampung Bukit Punai, di sini, tidak akan diusir Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sehingga semua penduduk terbabit mendapat penempatan baharu.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew, berkata pihaknya berjumpa Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai bagi membincang­kan perkara itu dan bersetuju supaya penduduk terbabit tidak diusir dalam tempoh terdekat.

“Beliau (Boon Hai) bersetuju mengenai perkara ini sehingga kita dapat menyelesai­kan masalah penempatan semula mereka.

“Selain itu, saya bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Jaujan Sambakong meminta supaya semua keluarga berkenaan boleh memohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Perkara ini harus dipercepat­kan supaya mereka dapat memulakan kehidupan di tempat baharu selain memudahkan kita sekiranya mahu melakukan baik pulih ke atas rumah kolonial yang terletak di kawasan berkenaan,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran KK Street Bin Art Trail dan Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Melukis Mural Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Mengenai bangunan kolonial di Bukit Punai, Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, berkata Kabinet kerajaan terdahulu sudah meluluskan proses membaik pulih namun penilaian semula perlu dilakukan.

Sementara itu, Pertanding­an Melukis Mural Kota Kinabalu yang julung kali diadakan itu disertai 15 kumpulan pelukis tempatan Sabah yang melukis mural di 15 lokasi pusat pembuangan sampah sekitar bandar raya.

Johan memperoleh wang tunai sebanyak RM3,000 manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 serta RM1,000.

 ??  ?? CHRISTINA (kiri) melawat ruang pameran selepas melancarka­n KK Street Bin Art Trail di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, semalam.
CHRISTINA (kiri) melawat ruang pameran selepas melancarka­n KK Street Bin Art Trail di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia