Harian Metro

Bincang isu LGBT

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

„ Nadwah Ulama Nusantara bakal ulas hal berkaitan umat Islam

Isu lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) akan menjadi antara tajuk perbincang­an utama pada Nadwah Ulama Nusantara Ke-8 yang akan berlangsun­g di sini pada 23 hingga 25 Oktober ini.

Selain masalah yang kian mencabar itu, beberapa isu lain yang membelengg­u masyarakat Islam antaranya tanah wakaf, pendidikan Islam dan saudara baru turut dibincangk­an.

Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junadi berkata, beberapa tokoh ilmuan Islam terkemuka akan hadir bagi mengulas isu berkenaan.

Antara yang mengesahka­n kehadiran ialah Felo Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom, Datuk Dr Afifi al-Akiti, Profesor Dr Mujiburrah­man dari Universita­s Islam Negeri Antasari,

Banjarmasi­n, Indonesia dan Ketua Buhuth, Jabatan Mufti Kerajaan Brunei, Datuk Setia Dr Mazanan Yusuf.

“Ini kali kedua Sarawak dipilih menjadi tuan rumah Nadwah Ulama Nusantara selepas kali pertama pada 2003.

“Banyak isu berkaitan Islam khususnya cabaran yang dihadapi masa kini akan dibincangk­an sepanjang tiga hari program itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Khalidi Ibrahim.

Nadwah Ulama Nusantara Ke-8 akan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg pada 24 Oktober ini di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Beliau berkata, 54 kertas kerja akan dibentangk­an sepanjang tiga hari penganjura­nnya.

“Selain itu, pelancaran buku Ulama dan Perkembang­an Islam di Sarawak dan Sabah, pameran Islam di Sarawak serta bazaria dan jualan buku akan diadakan.

“Lebih 1,200 peserta dalam kalangan ulama, cendikiawa­n Islam, kakitangan awam dan swasta dijangka menyertai Nadwah Ulama Nusantara kali ini,” katanya.

 ??  ?? DR Abdul Rahman (kanan) pada sidang media, semalam.
DR Abdul Rahman (kanan) pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia