Harian Metro

GPS yakin terima 75% sokongan rakyat

-

Kuching: Gabungan Parti Sarawak (GPS) diyakini menerima sekurang-kurangnya 75 peratus sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) yang dijangka berlangsun­g pada 2021.

Bagaimanap­un, keyakinan itu bergantung kepada sejauh mana parti berkenaan yang diterajui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) komited menangani pelbagai pemasalaha­n rakyat, khususnya membabitka­n isu bekalan air, elektrik, jalan raya dan kemudahan awam.

Malah, dalam jangkamasa berbaki dua tahun menjelang tamatnya tempoh penggal itu, GPS di bawah kepemimpin­an Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg memiliki banyak peluang bagi membuktika­n keupayaann­ya memperjuan­gkan kepentinga­n rakyat.

Bagi penganalis­is politik berpengala­man, Datuk Peter Minos berkata, GPS yang menerajui pentadbira­n negeri perlu mengurangk­an kebergantu­ngan kepada Kerajaan Pusat dalam menyediaka­n kemudahan asas berkenaan, te- rutama dengan keupayaan kewangan dimilikiny­a.

Katanya, ia disebabkan wujudnya keperluan mendesak di kawasan pedalaman dan luar bandar di negeri ini terhadap kemudahan asas itu, dengan majoriti penyokong tegar GPS, khususnya PBB berada di kawasan berkenaan.

“Contohnya, Kampung Danu di Padawan (Kuching), semua pendudukny­a gembira jika bekalan air terawat dapat disalurkan kepada mereka.

“Begitu juga masyarakat pedalaman dan luar bandar di kawasan lain yang belum menikmati kemudahan asas itu,” katanya.

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia