Harian Metro

43.4 peratus keluar mengundi

-

Kota Kinabalu: Hanya kira-kira 7,300 pelajar atau 43.4 peratus daripada lebih 17,000 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2018/2019 universiti itu, semalam.

Bagi sesi pemilihan MPP kali ini, 20 kerusi fakulti dan 11 kerusi umum, iaitu tujuh di kampus induk Kota Kinabalu dan masing-masing dua di UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) dan Fakulti Pertanian Lestari (FPL) Kampus Sandakan.

Dalam pemilihan berkenaan, 25 calon bertanding bagi kerusi umum, masing-masing 17 di kampus Kota Kinabalu manakala masing-masing lima dan tiga calon di kampus Labuan serta Sandakan.

Tujuh kerusi di kampus Kota Kinabalu dimenangi Syakur Maming (2657 undi), Muhd Jivean Johan Wira Ahmad (2811 undi), Kellin Wong Kai Xin (2253 undi), Mohammad Zaiful Junaedi (2946 undi), Sugianto Johan (2219 undi), Suzanne Chee Suxian (2965 undi) dan Nur Wahidayah Wahipin (2219 undi).

Di UMSKAL, dua kerusi umum di kampus berkenaan dimenangi Fauzan Mirza Eko dan Nadia Mohd Arif Teo, manakala Nor Aini Aqilah Ismail dan Vijaykumar A/L Suntharam, memenangi dua kerusi umum di FPL Sandakan.

Sementara itu, sembilan kerusi fakulti dimenangi tanpa bertanding, iaitu Janifal Alipal (Pascasiswa­zah), Mohd Fazri Kiram dan Noraisyah Mohd Tahang (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Jetli Chung Li Kuot (Fakulti Komputeran dan Informatik-Kampus Kota Kinabalu), Ain Farhana Md Yazid dan Muhammad Zulfaeqar Masri (Fakulti Psikologi dan Pendidikan), Rizaldi Amzirwan dan Melissa Adrine Peter (Fakulti Perniagaan dan Ekonomi) dan Chong Pei Qi (Fakulti Kejurutera­an).

Baki 11 lagi kerusi fakulti menyaksika­n pertanding­an dengan pemenangny­a ialah Ker Jia Hui dan Marsha Muhammadan (Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan), Ou Mei Lean dan Rabiatul Adawiyah Rosman (Fakulti Sains dan Sumber Alam), Hardianto Aedy Rahman dan Nur Syahiran Abd Razak (Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan).

Selebihnya ialah Muhamad Amirul Aiman Mohd Azam dan Rozelyn Ihnesia Raymond (FPL), Kieran Lim Hong Xun dan Emlyn Anak Jonathan Sunggih (Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan), dan Nurfarah Shakila Nicolas Patrick Pisol (Fakulti Komputeran dan Informatik­Kampus Labuan).

 ??  ?? POSTER calon bertanding pada pemilihan MPP bagi sesi 2018/2019 UMS.
POSTER calon bertanding pada pemilihan MPP bagi sesi 2018/2019 UMS.
 ??  ?? PELAJAR UMS menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi.
PELAJAR UMS menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia